Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diamalkan

Peribahasa

Tidur diperkalang,
     berjalan dipertongkat.

Bermaksud :

Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.

 

Lihat selanjutnya...(2)

500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mass culturebudaya jelataKomunikasiTiadaBudaya yang diamalkan oleh rakyat jelata atau ahli masyarakat biasa. Budaya ini tidak diamalkan oleh kumpulan bangsawan.
elite culturebudaya bangsawanKomunikasiTiadaBudaya yang diamalkan oleh golongan elit atau bangsawan dalam sesebuah masyarakat. Budaya ini tidak diamalkan oleh golongan biasa.
conventional plantingtanam konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan.

town-meeting democracydemokrasi kotaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang diamalkan di Athens, Greek pada tahun 500-321 SM. Demokrasi ini diamalkan secara langsung iaitu penduduk berbincang terhadap sesuatu isu dan mengundi secara terbuka. Dalam demokrasi ini, rakyat berpeluang memberi pendapat dan menyuarakan bantahan tanpa halangan serta tidak ada perwakilan digunakan. Walau bagaimanapun terdapat juga halangan penglibatan demokrasi ini kepada golongan tertentu seperti wanita dan hamba. Lihat juga demokrasi langsung.
log pondbetau balakPerhutananPengurusan HutanKolam yang biasnya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa melebihi 3 bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar.
crop rotationpergiliran tanamanPertanianAgronomi

 Sistem penanaman melibatkan jenis tanaman yang berbeza, secara bergilir pada sebidang tanah. Antara sebab sistem ini diamalkan adalah untuk mengelakkan peningkatan populasi sesuatu makhluk perosak atau agen penyakit sekiranya hanya satu jenis tanaman ditanam berulang kali pada petak yang sama. Dengan menanam jenis tanaman lain, perosak atau agen penyakit itu tidak dapat meneruskan kesinambungan kitaran hidup kerana tidak sesuai dengan perumah yang baru. Contohnya, tanaman cili tidak sesuai ditanam berulang kali di petak yang sama kerana masalah virus akan meningkat. Selain itu, pergiliran tanaman juga diamalkan untuk meningkatkan kesuburan tanah dengan menanam tanaman hijau atau kekacang yang dapat meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah. Di kawasan padi tanpa pengairan, pergiliran tanaman seperti tembakau dan tembikai diamalkan kerana tidak memerlukan banyak  air.

log pondkolam balakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKolam yang biasanya berhampiran dengan kilang pemprosesan yang digunakan untuk menyimpan kayu balak dengan selamat untuk jangka masa yang melebihi tiga bulan. Kaedah ini banyak diamalkan di negeri Sarawak dan Sabah, dan biasanya diamalkan oleh syarikat pembalakan yang besar.
ChemoautotrophyKemoautotrofiPertanianAgronomi

Kaedah yang diamalkan oleh sesetengah protozoa dan bakteria untuk mendapat tenaga melalui proses pengoksidaan bahan tak organik dan bukan melalui proses fotosintesis. Tenaga ini digunakan untuk membentuk adenosina trifosfat (ATP), yang memainkan peranan dalam pengikatan karbon dioksida melalui kitaran Calvin.

fantasyfantasiPerubatanTiadaMekanisme psikik yang diamalkan oleh seseorang untuk melarikan diri daripada kenyataan yang mengganggu perasaannya.
prehistoric agriculturepertanian prasejarahSejarahTiadaPertanian yang diamalkan oleh manusia zaman prasejarah yang tidak mempunyai teknologi tinggi, hanya menggunakan batu-batu atau kayu sahaja.
12345678910...

Kembali ke atas