Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibahagikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burburPergigianTiadaAlat pengisar gigi yang mempunyai bilah yang dibahagikan mengikut jenis bahan yang diperbuat dan mengikut bentuk serta saiz bilah. Bilah yang dibahagikan mengikut jenis yang diperbuat adalah seperti keluli, intan atau wolfram karbida. Manakala, bilah yang dibahagikan mengikut bentuk serta saiz adalah seperti bulat, silinder dan lidah api. Alat ini dipasang pada hanpis dan digunakan untuk memotong struktur gigi berkaries di dalam peringkat bebas karies dan membentuk struktur gigi di dalam peringkat penyediaan kaviti atau gigi.
sharikah milk ikhtiyariyyahperkongsian pemilikan pilihanPerniagaan IslamTiadaPemunyaan bersama oleh dua pihak atau lebih terhadap suatu harta yang dapat dibahagikan seperti tanah. Harta yang tidak boleh dibahagikan seperti kereta, boleh dijual dan nilainya boleh dibahagikan. Banding sharikah milk jabriyyah.
multistage samplingpensampelan berbilang tahapMatematikTiadaKaedah pensampelan yang populasinya dibahagikan kepada beberapa kumpulan atau peringkat primer yang mana sampel dikeluarkan, yang kemudiannya dibahagikan lagi kepada kumpulan atau peringkat sekunder yang sampelnya dikeluarkan.
bathymetric distributiontaburan batimetrikBiologiEkologiTaburan menegak haiwan dan tumbuhan, di darat dan di air. Misalnya, taburan tumbuhan dibahagikan kepada stratum atas dan stratum bawah. Stratum atas dan bawah pula dibahagikan berdasarkan ketinggian pokok. Bandingkan taburan geografi.
paddockpadokVeterinarTiadaKawasan berpagar yang digunakan sebagai tempat untuk haiwan meragut atau bersenam. Biasanya kawasan ragutan pastura dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil untuk menempatkan ternakan dalam tempoh tertentu. Bagi perladangan yang mengamalkan sistem ragutan ekstensif, kawasan ragutan akan dibahagikan kepada beberapa petak supaya ternakan boleh ditempatkan dalam kawasan ini secara bergiliran. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan rumput dalam sesuatu petak dapat tumbuh secukupnya sebelum diragut semula dan juga untuk mengelakkan serangan parasit. Bagi sesetengah ternakan seperti kuda, kawasan ini biasanya terletak berhampiran kandang yang berlantaikan tanah atau tanah yang ditutup pasir bagi membolehkan kuda bersenam.
Berlin crisiskrisis BerlinSains PolitikHubungan AntarabangsaKrisis yang berpunca daripada persidangan Tehran dan Yalta, Jerman pascaperang yang dibahagikan kepada empat zon pendudukan ketenteraan, iaitu di bawah pentabdiran Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Berlin yang terletak di bawah zon Rusia juga dibahagikan kepada empat bahagian. Semasa perang dingin, Rusia mengadakan sekatan darat terhadap Berlin Barat pada bulan Jun 1948 untuk mengekang kedudukan Britain, Amerika Syarikat dan Perancis di kota tersebut. Walau bagaimanapun, pihak bersekutu berjaya mengatasi sekatan Rusia ini dengan menyalurkan bantuan melalui ruang udara. Sebagai tindakan balas, pihak bersekutu menggunakan taktik yang sama, iaitu mengenakan sekatan terhadap Rusia. Akhirnya pada bulan Mei 1949, sekatan ini dihapuskan oleh kedua-dua pihak.
talatalaMuzikTiada

Sistem metrik dalam muzik Hindustani dan Karnatak yang berasaskan pusingan masa dengan bilangan bit yang tertentu. Setiap tala diberikan nama tertentu dan setiap pusingan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya, dalam muzik Karnatak, tintala terdiri daripada pusingan 16 bit yang dibahagikan kepada empat bahagian atau anga dan berbentuk (4 bit + 4 bit + 4 bit + 4 bit). Sementara jhaptal tala terdiri dari­pada pusingan 10 bit yang dibahagikan kepada empat anga dan berbentuk (2 bit + 3 bit + 2 bit + 3 bit). Silibal nemonik, iaitu bol digunakan untuk mengajar pukulan dram. Sinonim tal. Lihat juga akshara, anga, bol, matra, vibhag.

phragmobasidiumfragmobasidiumBiologiMikologiBasidium yang dibahagikan kepada empat sel oleh septum setelah berlakunya proses pembahagian primer dan pembahagian sekunder nukleus basidium.
multiplegandaanMatematikTiadaNombor yang boleh dibahagikan dengan tepat oleh satu nombor yang lain. Misalnya, gandaan bagi 5 ialah 5, 10, 15, 20, ...
argumenthujahMatematikTiadaSekumpulan pernyataan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang dikenali sebagai premis merupakan pernyataan-pernyataan yang diberi (diketahui) dan bahagian kedua merupakan kesimpulan yang menyusul daripada premis. Jika sudut A dan sudut B dalam segi tiga ABC sama, maka AC = BC. [premis] Sudut A dan sudut B dalam segi tiga ABC adalah sama, [premis] Maka, AC = BC. [kesimpulan].
12345678910...

Kembali ke atas