Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicampur

Puisi
 

Buah kesebak terasa manis,
     Mari dicampur biji selasih;
Bercerai emak tidak menangis,
     Inikan pula bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adulterantbahan nodaBiologiEkologiBahan kimia atau bahan lain yang dicampur kepada sesuatu cecair dicampur kepada sesuatu cecair atau pepejal. Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya tidak terdapat dalam cecair atau pepejal berkenaan. Misalnya, minyak tanah yang dicampur ke dalam minyak petroleum.
forcemeat stuffingdaging inti pedas; ikan inti pedasPentadbiran PerniagaanTiada1. Daging inti pedas: Cincangan daripada daging yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.,2. Ikan Inti Pedas: Cincangan daripada ikan yang dicampur bahan perasa terutamanya pedas untuk inti.
loamy sandpasir bergeluhPertanianTiadaTekstur tanah yang mengandung 85 hingga 90% pasir, dan peratus kelodak dicampur dengan 1.5 kali peratus lempung tidak kurang dari 15, pada had atas; mengandung tidak kurang dari 70 hingga 85% pasir, dan peratus kelodak dicampur dengan 2 kali peratus lempung tidak lebih dari 30, pada had bawah.
material balanceimbangan bahanMakanan dan PemakananTeknologi MakananKonsep asas dalam pemprosesan makanan yang berdasarkan pengiraan bahan secara kuantitatif. Imbangan bahan merupakan jisim masuk bersamaan dengan jisim keluar dicampur dengan tenaga tersimpan, atau bahan mentah bersamaan dengan hasil dicampur dengan bahan buangan dan bahan tersimpan.
odourantpembauKejuruteraanTiadaSebatian kimia dicampur pada gas tabii untuk memberikan bau yang tidak menyenangkan kepada isi rumah, ketika terdapat kebocoran dalam sistem paip gas.
encausticenkaustikKesenianTiadaCat yang dicampur dengan lilin panas.
comonomerkomonomerKejuruteraanPolimerMonomer yang dicampur dengan monomer lain dan bertindak balas untuk menghasilkan kopolimer.
raw ingredientbahan mentahVeterinarTiadaSumber bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan untuk pelbagai jenis ternakan. Bahan-bahan yang digunakan akan dicampur supaya menjadi makanan yang lengkap dan seimbang untuk keperluan ternakan. Antara bahan yang kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak ialah jagung, hampas isirung kelapa sawit, mil kacang soya, mil ikan, dedak padi, molases, pelepah kelapa sawit dan mineral. Sebahagian daripada bahan-bahan ini perlu diproses sebelum dicampur ke dalam makanan. Selain itu, terdapat juga bahan-bahan lain yang turut digunakan dalam kuantiti yang sedikit seperti serbuk batu kapur, urea, garam, vitamin, mineral dan asid amino. Bahan mentah yang diimport seperti dedak gandum, mil alfalfa dan polard gandum juga turut digunakan sebagai bahan mentah untuk keperluan ternakan.
raw ingredientbahan mentahPerikananAkuakulturSumber bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan untuk pelbagai jenis ternakan. Bahan yang digunakan akan dicampur agar makanan yang lengkap dan seimbang dapat disediakan untuk keperluan ternakan. Antara bahan yang kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak ialah jagung, hampas isirung kelapa sawit, mil kacang soya, mil ikan, dedak padi, molases, pelepah kelapa sawit dan mineral. Sebahagian daripada bahan ini perlu diproses sebelum dicampur ke dalam makanan. Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan dalam kuantiti yang sedikit seperti serbuk batu kapur, urea, garam, vitamin, mineral dan asid amino. Bahan mentah yang diimport, seperti dedak gandum, mil alfalfa dan polard gandum juga turut digunakan sebagai bahan mentah untuk keperluan ternakan. Sinonim bahan ramuan.
fettucinifetuciniPentadbiran PerniagaanTiadaSpageti yang dicampur telur.
12345678910...

Kembali ke atas