Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicuri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
data leakagekebocoran dataKomputerTiadaKeadaan apabila data atau perisian sulit dicuri atau diketahui orang yang tidak berkenaan.
biosecuritybiokeselamatanPertanianAgroteknologiLangkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan bahan-bahan mikrobiologi daripada dicuri atau disalahgunakan oleh anasir yang tidak baik untuk mengancam kesihatan masyarakat. Sinonim biosekuriti.
pirated editionedisi cetak rompakKesusasteraanTiadaEdisi sesebuah karya sastera atau buku lain yang tidak diakui, biasanya ia dicuri dari sebuah negara tertentu, kemudian diterbitkan untuk dijual di negara lain.
data breachpelanggaran dataTeknologi MaklumatTiadaPerbuatan yang tidak mematuhi terma dan undang-undang yang menyebabkan data dicerobohi dan dicuri tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik sistem.
daman mithlijaminan setaraPerniagaan IslamTiadaJaminan kepada pembeli untuk memberikan barangan atau jaminan perkhidmatan yang serupa. Contohnya, polisi takaful kenderaan yang memberi jaminan untuk menggantikan kenderaan yang hilang atau dicuri dengan model kenderaan yang hampir sama dengan kenderaan asal.
corporate securitykeselamatan korporatKriminologiKeadilan JenayahKeadaan keselamatan atau langkah-langkah keselamatan yang diamalkan dalam sektor korporat bagi tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, perlindungan terhadap aset, maklumat dan data perniagaan daripada dicerobohi dan dicuri.
Secure Electronic Transaction (SET)transaksi elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang direka bentuk untuk menjamin transaksi kad kredit dalam Internet lebih selamat. Nombor kad kredit akan disulitkan supaya nombor kad kredit sukar dicuri oleh pedagang atau orang lain yang tidak bertanggungjawab. Hanya syarikat kad kredit yang boleh menyahsulit nombor kad kredit tersebut.
hacker bulletin boardpapan buletin penggodamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRuangan berita atas talian yang khusus untuk penggodam. Ruangan ini digunakan untuk menyebarkan maklumat secara meluas kepada penggodam lain berkenaan kegoyahan keselamatan pada sistem komputer atau sistem pengendalian tertentu. Selain itu, runagan ini juga digunakan untuk mempamerkan data yang dicuri dalam sesebuah sistem komputer seperti maklumat kad kredit pelanggan atau senarai kata laluan pengguna supaya penggodam lain boleh menggunakannya untuk melancarkan serangan pada masa hadapan.
nonrepudiationtanpa sangkalanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan.
instrusion detection system (IDS)sistem pengesanan pencerobohan (IDS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang mengesan pencerobohan atau penggunaan terlarang ke atas aset sistem komputer. Perisian ini mengesan penyimpanan daripada penggunaan biasa, iaitu IDS berasaskan perilaku atau persamaan kepada ciri yang menunjukkan pencerobohan, iaitu IDS berasaskan pengetahuan. Sistem ini mampu mengelakkan pendedahan aset komputer dalam keadaan apabila maklumat pengenalan pengguna telah dicuri dan dipintas oleh penceroboh.

Kembali ke atas