Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didendangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lullabydodoiKesenianTiadaLagu yang didendangkan untuk menidurkan anak.
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
wiegend (G)wiegendKesenianTiadaLagu yang didendangkan untuk menidurkan anak. Sinonim dengan istilah lullaby.
cradle songlagu dodoiKesenianTiadaLagu yang didendangkan untuk menidurkan anak. Sinonim dengan istilah lullaby
chansonchansonKesusasteraanTiadaPuisi yang dikarang untuk didendangkan dan ditulis dengan cara mudah.
court poetrypuisi istanaKesusasteraanPuisiSyair yang dinyanyikan, didendangkan atau dibacakan oleh biduan istana dalam sesuatu keramaian atau keraian. Contohnya, syair "Puteri Beradu".
lullabydodoiKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.
lyric songnyanyian lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat.
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

serenata/serenadeserenataMuzikTiada

1. Muzik vokal atau instrumental yang didendangkan kepada kekasih pada waktu malam.

Kembali ke atas