Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digenggam

Puisi
 

Kemuning kayu di rimba,
     Mari digenggam padam baranya;
Putih kuning tidur di riba,
     Bentangkan tikar banyak bahayanya.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Digenggam takut mati,
     dilepaskan takut terbang.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)

138

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curlslengkungSukanTiadaSejenis latihan yang menggunakan palang, digenggam dengan kedua-dua belah tangan lalu melakukan pergerakan melengkung.
spinning drillputar gelendongSukanTiadaSejenis latihan dengan cara palang gelendong digenggam dengan kedua-dua belah tangan sambil memutar bersilih ganti kiri dan ke kanan. Latihan ini untuk menambah kelenturan pergelangan tangan.
fidget spinnergasing tanganSukanTiadaAlat permainan yang berbentuk seperti piring cakera dan dapat digenggam dan dipusingkan dengan tangan, biasanya dimainkan oleh kanak-kanak.
squat barbell behind trunkcangkung barbel belakang badanSukanTiadaSejenis latihan yang dimulai dengan palang dan beban digenggam di belakang pinggang yang kemudiannya melakukan separa cangkung dan berdiri semula berulang-ulang. Latihan ini untuk menguatkan pinggang dan paha.
hand axekapak genggamArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada batu bersaiz sederhana dan boleh digenggam. Kapak ini mempunyai dua bahagian, iaitu runcing pada bahagian mata dan leper pada bahagian pemegang. Kapak ini diperbuat daripada batu jenis pebel, kuarzit dan batu api. Kapak ini digunakan untuk merepih, melapah kulit binatang, memecah tulang dan menebang pokok. Kapak ini digunakan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Neolitik.
right hand ruleaturan tangan kananKejuruteraanTiada1. Aturan bagi pendaraban silang vektor yang menyatakan bahawa hala vektor hasil darab silang bagi dua vektor lain perpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua.,2. Aturan bagi dawai membawa arus yang menyatakan bahawa sekirannya jari-jari kecil tangan kanan digenggam di sekeliling dawai dengan ibu jari terbuka menghala di arah aliran arus, maka jari-jari kecil menunjuk ke arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai itu.
right-hand screwskru tangan kananMekanikGunaanSkru yang bergerak (masuk atau keluar) pada hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari lain digenggam pada hala skru itu diputar, yakni gerakannya mematuhi peraturan tangan kanan. Skru tangan kanan mara masuk ke dalam nat apabila diputar pada arah jam dan mundur keluar dari nat apabila diputar pada hala yang sebaliknya. Ulir skru yang berkenaan dinamai ulir tangan kanan; apabila dilihat dari kepala skru itu ke hujungnya, ulir itu melilit pada arah ikut jam dan pada hala yang semakin menjauhi pencerap. Kebanyakan skru yang digunakan ialah skru tangan kanan.
left-hand screwskru tangan kiriMekanikGunaanSkru yang bergerak (masuk atau keluar) pada hala yang berpadanan dengan hala ibu jari tangan kiri yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam pada hala skru itu diputar. Skru tangan kiri mara ke dalam nat apabila diputar pada arah lawan jam. Skru tangan kiri digunakan untuk tujuan khas sahaja.
right-hand ruleperaturan tangan kananMekanikGunaanPeraturan yang menentukan hala bagi vektor hasil darab yang diperoleh apabila dua vektor didarab silang. Peraturan ini menyatakan bahawa hala vektor hasil darab yang berkenaan berpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua [Rajah P8]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 150 RAJAH P8

Kembali ke atas