Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilunaskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful mortgage planpelan takaful gadai janjiEkonomiEkonomi IslamPelan yang melindungi hutang yang belum dilunaskan oleh peserta akibat kematian atau hilang upaya kekal. Hutang ini wujud akibat pembelian harta tetap seperti rumah dan tanah yang biayai oleh institusi kewangan dan kerajaan. Sekiranya peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal, semua baki hutangnya akan dilunaskan oleh syarikat pengendali takaful dan waris peserta tidak perlu menanggung hutang berkenaan. Sebaliknya jika peserta masih hidup selepas pelan ini matang, peserta tersebut berhak mendapat keuntungan.
receivablebelum terimaPentadbiranTiadaAkaun jualan yang belum dilunaskan.
outstanding chequecek belum lunasPentadbiranTiadaCek yang telah dikeluarkan tetapi belum dilunaskan.
zillmerisationzilmerisasiPentadbiran PerniagaanTiadaProses dalam penilaian aktuari yang sebahagian perolehan perniagaan jangka panjang tidak dilunaskan tetapi ditolak daripada rizab matematik.
floatapungPentadbiranTiada1. Dana yang terikat kerana cek sudah dikeluarkan tetapi cek itu belum lagi dilunaskan. 2. Terbitan saham baharu oleh sesebuah syarikat.
credit life insuranceinsurans hayat kreditinsuransTiadaPerlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu.
credit life insuranceinsurans hayat kreditPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu.
staggered maturity periodtempoh matang berperingkatEkonomiEkonomi IslamTempoh matang sekuriti yang dibahagikan kepada beberapa tarikh yang berbeza. Pada setiap tarikh berkenaan, sebahagian daripada sekuriti akan matang dan perlu dilunaskan. Pembahagian tarikh tersebut bergantung pada bilangan nota primer yang diterbitkan. Contohnya, jika terdapat 10 nota primer, maka akan terdapat 10 tarikh matang yang berbeza-beza. Sekuriti yang mempunyai amaun yang besar akan diberi tempoh matang berperingkat untuk meringankan beban pengeluar sekuriti membayar balik penebusan.
ibra’ istifa’pelepasan baki bayaranPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan baki hutang. Contohnya, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan baki hutang awak". Maka dengan itu penghutang tidak boleh meminta kembali bayaran yang sebelum ini telah dilunaskan.
Islamic interbank cheque clearing systemsistem penjelasan cek antara bank secara IslamEkonomiEkonomi IslamSistem yang membolehkan pelunasan cek antara institusi kewangan dan cek tersebut mestilah bersumberkan daripada kegiatan yang halal. Kegiatan ini akan mewujudkan bank penghubung. Amaun bagi cek yang telah dilunaskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima, manakala akaun bank pengeluar akan didebitkan. Kedua-dua akaun ini wujud di Bank Negara Malaysia. Akaun ini akan digunakan oleh bank untuk melakukan aktiviti pasaran wang Islam antara Bank.

Kembali ke atas