| point system | sistem mata | Sukan | Boling | Sistem yang digunakan untuk menentukan keputusan perlawanan liga dan kedudukan pasukan berdasarkan mata pada permainan yang dimenangi oleh pasukan atau individu. |
| mahabharata | mahabharata | Muzik | Tiada | Epik dari India yang telah dibawa ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan perluasan pengaruh India. Cerita asasnya tentang pewarisan takhta keturunan Bharata. Klimaks epik ini merupakan perang merebut takhta antara dua keluarga, iaitu Korawa dan Pandawa yang akhirnya perang dimenangi oleh keluarga Pandawa. Epik ini telah diadaptasikan sebagai cerita asas dalam wayang kulit, wayang orang dan dramatari di Bali dan Jawa. Di Jawa, watak Mahabharata yang popular termasuklah adik-beradik Pandawa, iaitu Arjuna yang mahir dalam muzik dan tarian serta Bima yang mahir berperang. Sri
|
| popular vote | undi popular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi yang diperoleh oleh calon atau parti dalam pilihan raya. Undi ini dilihat dari sudut jumlah keseluruhan yang diperoleh tanpa mengira kawasan pilihan raya. Ia berbeza dengan undi elektoral yang melihat dari sudut kawasan. Contohnya, parti PAS mungkin mendapat lapan peratus sahaja kerusi parlimen dari jumlah kerusi dalam satu pilihan raya walaupun mungkin mendapat 40 peratus dari jumlah undi. Jumlah undi popular yang diperoleh tidak semestinya menggambarkan undi elektoral atau jumlah kerusi yang dimenangi. |
| Hare and List System | Sistem Hare dan List | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan. |
| second ballot system | sistem undi kedua | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo. |