| oxidized | dioksidakan | Kimia | Tiada | Tiada |
| chromogen | kromogen | Perubatan | Tiada | 1. Sebatian yang membentuk sebatian berwarna apabila dioksidakan.,2. Bahan yang dapat ditukarkan menjadi pencelup.,3. Bakteria yang menghasilkan pigmen. |
| antioxidant | pengantiosida | Kimia | Biokimia | Sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan. |
| oxidized starch | kanji teroksida | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Kanji yang dioksidakan oleh peroksida, klorin, permanganat dan sebagainya. Kanji teroksida digunakan untuk mengubah kelikatan, kejernihan dan kestabilan pes seperti dalam pembuatan sos. |
| cysteine | sisteina | Bioteknologi | Tiada | Asid amino yang mengandungi sulfur dan dapat dioksidakan kepada sistina. Asid amino ini menyumbang kepada struktur sekunder dan tertier protein melalui pembentukan titian disulfida antara dua molekul sisteina dalam rantai polipeptida yang sama atau yang bersebelahan. HSCH2CH(NH2)COOH sisteina |
| volatile solid | pepejal meruap | Kejuruteraan | Tiada | Pepejal yang terlarut atau terampai dan boleh dioksidakan kepada karbon dioksida pada suhu 55°C. |
| vinegar production | penghasilan cuka | Bioteknologi | Tiada | Fermentasi oksidatif menggunakan larutan cair etanol yang dioksidakan menjadi asid dan air oleh Acetobacter dengan kehadiran oksigen atau udara. Kebanyakan penghasilan cuka melibatkan strain bakteria yang menunjukkan toleransi terhadap kepekatan cuka yang tinggi. |
| aldonic acid | asid aldonik | Kimia | Tiada | Asid monokarboksilat dari aldosa, yang gugus aldehidnya telah dioksidakan menjadi gugus karboksil. |
| nitrification | penitritan | Biologi | Ekologi | Pengoksidaan garam ammonium untuk menghasilkan nitrit. Nitrit yang terhasil kemudiannya dioksidakan kepada nitrat oleh bakteria tanah. |
| fermentation | penapaian | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses metabolisme karbohidrat atau sebatian berkaitan yang dioksidakan dengan pembebasan tenaga tanpa kehadiran penerima elektron luaran. Dalam penapaian, penerima elektron akhir terdiri daripada sebatian organik yang dihasilkan daripada pemecahan karbohidrat. Makanan seperti budu, kicap dan tempe melalui proses ini dengan menggunakan mikroorganisma. Sinonim fermentasi. |