| persistent objector rule | peraturan pembantah berterusan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang membantah supaya tidak terikat dengan sesuatu amalan negara-negara lain yang menjadi undang-undang adat antarabangsa. Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi. Syarat pertama ialah bantahan hendaklah dikekalkan dari awal amalan itu mula dilakukan, sehingga ia menjadi undang-undang adat antarabangsa dan berterusan sepanjang masa. Syarat berikutnya ialah bantahan hendaklah dibuat secara tetap. Syarat-syarat ini terkandung dalam peraturan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries. Lihat juga pembantah berterusan. |
| science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
| decorum | tertib | Kesusasteraan | Puisi | Peraturan yang mesti dipatuhi ketika mencipta karya oleh seseorang penyair. Antara yang penting, tema atau persoalan puisi yang dikemukakan menimbulkan manfaat kepada kehidupan manusia atau mengemukakan nilai-nilai mumi. Gaya penyampaiannya juga tidak terlalu bersifat mengajar. Oleh itu, diperlukan penyampaian melalui kehalusan bahasa. Akhimya puisi itu memerlukan penghayatan apabila dibaca. |
| wiring regulation | peraturan pendawaian | Sosiologi | Tiada | Peraturan yang perlu dipatuhi semasa pendawaian. |
| reporter limitation | batasan pemberita | Komunikasi | Tiada | Had yang perlu dipatuhi oleh pemberita berdasarkan undang-undang, peraturan, kod etika wartawan dan dasar syarikat akhbar. |
| marking rules | peraturan menanda | Perhutanan | Tiada | Peraturan yang perlu dipatuhi semasa membuat penandaan. |
| planning procedure | prosedur perancangan | Sosiologi | Tiada | Tatacara yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak dalam aktiviti merancang. |
| equation of continuity | persamaan keselanjaran | Fizik | Mekanik | Persamaan yang dipatuhi oleh apa jua kuantiti yang abadi dan tidak musnah seperti jisim, cas elektrik, tenaga terma, tenaga elektrik atau kebarangkali kuantum mekanik. Persamaan ini menyatakan bahawa kadar penambahan kuantiti dalam apa jua rantau adalah sama dengan jumlah arus yang mengalir ke dalam rantau tersebut. |
| wiring regulation | peraturan pendawaian | Teknik | Elektrik | Peraturan yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pemasangan dan pengguna elektrik. Peraturan ini berubah mengikut waktu. Di negara ini peraturan pendawaian yang digunakan adalah berdasarkan peraturan I.E.E. (Institusi Kejuruteraan Elektrik Britain). Peraturan Tenaga Nasional, Ahli Jemaah Pemeriksa Elektrik, dan Piawaian Malaysia. |
| natural justice | keadilan asasi | Undang-undang | Tiada | Rukun yang perlu dipatuhi oleh organisasi atau badan yang bertanggungjawab mengadjudikasikan pertikaian. |