| polymorphism | polimorfisme | Pertanian | Agronomi | Berkaitan kehadiran beberapa bentuk morfologi pada satu spesies dalam satu populasi yang berhubung dengan variasi gen. Polimorfisme tidak dipengaruhi oleh lokasi geografi. Contohnya, warna kuning dan hijau pada biji kacang pea (Pisum sativum), serta bentuknya yang bulat dan berkedut dipengaruhi oleh baka tetapi tidak dipengaruhi oleh lokasi geografi. |
| lunar rhythm | irama rembulan | Biologi | Ekologi | Perubahan taburan organisma yang dipengaruhi oleh fasa bulan. Irama rembulan banyak mempengaruhi hidupan laut, terutama organisma yang hidup pada zon antara perbani, dan zon sublitoral; kedua-dua jenis organisma ini dipengaruhi oleh air pasang surut. Irama rembulan dapat dihubungkan dengan kitaran pembiakan hidupan laut, seperti ketam, ikan dan cacing, misalnya ada cacing yang hanya akan membiak apabila bulan mengambang penuh. |
| orthodoxy | faham ortodoks | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah. |
| literary mode of production | ragam pengeluaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera. |
| brand switching | peralihan jenama | Komunikasi | Korporat | Salah satu daripada tingkah laku pengguna dalam membuat keputusan pembelian barangan atau perkhidmatan. Proses peralihan jenama dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti harga, gaya hidup baru, umur, pekerjaan, desakan jurujual dan kempen iklan. Pengguna yang mempunyai tingkah laku ini tidak setia terhadap sesuatu jenama dan mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Pengurus pemasaran sentiasa memantau tingkah laku pengguna terhadap sesuatu jenama dalam perancangan kempen jualan, promosi, dan pengiklanan. Selain berusaha mengekalkan pengguna sedia ada, mereka cuba mempengaruhi pengguna lain mengubah kesukaan daripada jenama sedia ada kepada jenama yang dipromosikan. Peralihan jenama biasanya merupakan tingkah laku semula jadi manusia yang suka kepada perubahan. |
| drug induced crime | jenayah dipengaruhi dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan jenayah yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah atau jenayah yang dilakukan semasa di bawah pengaruh dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Contoh lain ialah pembunuhan yang dilakukan seseorang di bawah pengaruh dadah. |
| base flow | aliran dasar | Hidrogeologi | Tiada | Aliran tertahan atau aliran biasa suatu sungai. Di kebanyakan sungai, sebahagian besar aliran ini terdiri dari luahan air tanah. Beberapa penulis membezakan aliran dasar sebenar, yang mungkin dipengaruhi oleh pengalihan atau pengaturan dan aliran dasar semula jadi yang tidak dipengaruhi oleh pengalihan buatan, penyimpanan atau binaan buatan manusia, yang dinamakan �larian dasar�. |
| hedreocraton | hedreokraton | Geologi | Tiada | Kraton yang dipengaruhi perkembangan benua yang kemudian. |
| demoniac | kesyaitanan | Sejarah | Tiada | Seseorang yang dipengaruhi dan memiliki sifat atau ciri-ciri syaitan. |
| meme | mem | Biologi | Genetik | Pewarisan yang dipengaruhi oleh budaya melalui peniruan dan bukan oleh unsur genetik, misalnya fesyen. |