| lightband | gelang cahaya | Umum | Tiada | Gelang yang menghasilkan cahaya mempunyai teknologi pengecaman frekuensi radio yang diprogramkan untuk segerak mengikut muzik atau pergerakan. |
| AI reaktif | reactive AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Pengelasan atau label yang diberikan kepada sistem AI yang telah diprogramkan dengan output tertentu berdasarkan input yang diterima. Sistem AI reaktif ini tidak mampu belajar daripada data atau tindakan lepas dan masa hadapan. Sebagai contoh, Contohnya, sistem pengecaman wajah pada telefon pintar yang mengenal pasti wajah manusia berbanding objek lain daripada keseluruhan imej yang diambil. |
| electronic caries detector | pengesan karies elektronik | Pergigian | Tiada | Alat elektrik yang boleh digunakan untuk mengesan karies awal. Alat ini telah diprogramkan mengikut pembuat untuk memberi bacaan jika ia dihalakan pada gigi. Struktur gigi yang sihat dan berkaries akan memberi bacaan yang tertentu. Alat ini ialah kaedah tambahan yang boleh digunakan selain cara konvensional yang menggunakan daya penglihatan dan prob atau sinar-X. |
| computer animation | animasi komputer | Komunikasi | Tiada | Kaedah animasi daripada bentuk maklumat yang dipindahkan ke dalam komputer yang hasilnya boleh digerakkan atau dicorakkan. Bahan yang telah diprogramkan itu boleh dimanipulasikan mengikut kehendak juruanimasi. |
| assembler | penghimpun | Fizik | Nanoteknologi | Mesin yang masih pada peringkat rekaan yang dapat menyusun individu atom atau molekul bagi menghasilkan suatu peranti nano. Contohnya, penghimpun swareplikasi yang dapat diprogramkan untuk menyalin dirinya sendiri apabila dibekalkan bahan mentah dan tenaga. Alat ini penting dalam bidang perubatan dan bioteknologi seperti dalam kejuruteraan genetik, di samping berpotensi dalam bidang elektronik yang lain. |
| machine learning | pembelajaran mesin | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Suatu bidang sains komputer yang menggunakan kaedah-kaedah statistik membolehkan sistem komputer “mempelajari" (mengingatkan sesuatu tugasan tertentu) dengan data tanpa diprogramkan secara terang-terangan. |
| cardiac pacer | perentak jantung | Perubatan | Tiada | Alat untuk mengawal kadar denyutan dan ritma jantung. Kelainan denyutan dan ritma jantung boleh disebabkan penyakit arteri koronari, lemah jantung atau penyakit jantung kongenital. Terdapat dua jenis perentak, iaitu perentak jantung sementara dan tetap. Fungsinya boleh diprogramkan mengikut mod kehendak atau mod tetap. |
| base line | garisan asas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Garisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan. |