Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disiplin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sports sciencesains sukanSains SukanBiomekanikBidang yang mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan menggabungkan disiplin-disiplin seperti perubatan, anatomi, psikologi, fisiologi, biomekanik dan pemakanan.
pengkomputeran neurosainscomputational neuroscienceKecerdasan BuatanPerkhidmatanBidang antara disiplin AI dengan disiplin matematik, falsafah dan sains komputer yang cuba membongkar rahsia bagaimana prinsip dan mekanisma otak berfungsi. Pengkomputeran neurosains ini mengerakkan pembangunan, pengorganisasian, pemprosesan maklumat dan pensimulasian fungsi mental bagi sistem saraf otak. Contohnya, kajian bidang ini telah membangunkan rangkaian nueral buatan (ANN) bagi memodelkan sistem saraf (nueral) yang mimik otak kita. ANN telah berkembang kepada contohnya pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan model bahasa besar.
pragmaticpragmatikKesusasteraanTiadaDisiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguis
biomechanicsbiomekanikSains SukanBiomekanikDisiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik.
progressive disciplinedisiplin progresifPentadbiranTiadaSiri tindakan disiplin yang bermula dengan amaran secara lisan, dan diikuti dengan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan yang berulang.
interdisciplinary curriculumkurikulum antara disiplinPendidikanTiadaPenggunaan kaedah dan bahasa pelbagai disiplin untuk menjelaskan tema, isu, masalah, topik dan pengalaman.
kinesiologykinesiologiSains SukanBiomekanikDisiplin ilmu yang berkaitan dengan pergerakan. Disiplin ini merangkumi bidang pengetahuan seperti anatomi, fisiologi, biomekanik dan psikologi. Istilah ini merupakan gabungan daripada dua perkataan Greek, iaitu kine yang bermaksud pergerakan dan logos yang bermaksud kajian.
first in first out (FIFO) queue disciplinedisiplin giliran masuk dulu keluar duluPentadbiranTiadaDisiplin giliran yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mengikut susunan tertib ketibaan.
line disciplinedisiplin barisTeknologi MaklumatTiadaJujukan operasi rangkaian yang menghantar dan menerima data, mengawal ralat semasa penghantaran, berurusan jujukan dengan set mesej (seperti paket, blok, kerangka dan sel) dan menyediakan data untuk pengesahan dan pengesahsahihan data yang diterima. Disiplin baris ialah satu daripada dua unsur asas protokol komunikasi. Unsur asas lain ialah jabat tangan.
kejuruteraan promprompt engineeringKecerdasan BuatanKomunikasiDisiplin berkaitan seni kemahiran mencipta arahan atau soalan yang biasanya dalam bahasa tabii bagi membolehkan GenAI atau model AI memberikan respons seperti yang dikehendaki oleh pengguna. Disiplin ini melibatkan pemilihan perkataan, struktur ayat, dan konteks yang sesuai untuk membimbing AI menghasilkan output yang relevan bagi mengelak jawapan yang diberikan tidak menepati soalan atau prom yang dikemukakan.
12345678910...

Kembali ke atas