| straight out | keluar terus | Sukan | Tiada | Keadaan apabila bola ditendang keluar tanpa menyentuh kawasan permainan, pemain atau referi. Permainan dimulakan dengan pembentukan baris lurus di garisan tepi, selari dengan tempat tendangan dibuat. |
| charge down | tampan lurus | Sukan | Tiada | Perbuatan menghalang bola yang ditendang oleh pasukan lawan dengan meluruskan kedua-dua tangan ke atas. |
| back float | apung lentang | Sukan | Tiada | Kedudukan badan terlentang, tangan di sisi badan atau didepakan, kaki ditendang keribas atau diluruskan sahaja. |
| whip kick | tendang sebat | Sukan | Tiada | Tendang gaya dada yang berkesan. Lutut dan tumit bertemu. Kaki dibengkokkan dan ditendang ke arah luar. Ini mengurangkan rintangan dan membolehkan pergerakan pantas. Sinonim : breaststroke kick dan frog kick |
| back glide | luncur lentang | Sukan | Tiada | Kedudukan badan terlentang, tangan di sisi badan atau di dada, dan kaki ditendang gaya dada. |
| feathering | kepak kuak | Sukan | Tiada | Latih tubi tangan. Jari diletakkan di atas bahu. Tangan dikuak ke hadapan berselang- seli. Kaki ditendang keribas. Badan meniarap. |
| breast stroke kick | tendang gaya dada | Sukan | Tiada | 1. Tendang gaya dada yang berkesan. Lutut dan tumit bertemu. Kaki dibengkokkan dan ditendang ke arah luar. Ini mengurangkan rintangan dan membolehkan pergerakan pantas. Sinonim: whip kick. |
| ambient visual system | sistem visual ambien | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut. |
| open-loop control | kawalan lingkaran terbuka | Sains Sukan | Biomekanik | Mekanisme kawalan motor manusia, apabila semua maklumat perlu dimulakan dan dirancang untuk memulakan pergerakan. Sebaik sahaja pergerakan bermula, pergerakan tersebut akan mengikut arahan asal dan tiada perubahan berlaku ke atas pergerakan. Mekanisme ini melibatkan jenis pergerakan yang pantas. Contohnya, seorang penjaga gol yang menangkap bola yang ditendang dengan pantas. |