Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diternak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artemia biomassbiojisim artemiaPerikananAkuakulturArtemia dewasa yang diternak untuk dijadikan makanan ikan atau udang peringkat juvenil.
sheepbiri-biriPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan ruminan kecil yang diternak untuk penghasilan daging dan wul. Biri-biri dibahagikan kepada baka biri-biri wul seperti merino dan baka biri-biri rerambut seperti santa ines.
reindeerrusa saljiGeografiTiadaHaiwan yang hidup di kawasan sejuk dan boleh diternak untuk mendapatkan daging dan susu.
confinement feedingpemberian makanan berkurungVeterinarTiadaPemberian makanan kepada haiwan yang dikurung atau diternak secara intensif (fidlot). Biasanya, makanan diformulasi khusus dan mengandungi campuran bahan konsentrat atau bahan foraj yang diberi dalam bentuk segar (potong angkut) atau dalam bentuk rumput kering atau silaj. Tujuan pemberian makanan dengan cara ini ialah untuk meningkatkan kadar pertumbuhan di samping mengurangkan kos makanan, menjimatkan penggunaan kawasan penternakan dan mengurangkan kos buruh.
poultry productproduk poltriMakanan dan PemakananMakananProduk makanan yang berasaskan daging dan telur daripada kumpulan ayam itik yang diternak. Poltri termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, burung merpati, burung unta dan burung puyuh.
ghallahfaedahPerniagaan IslamTiadaFaedah yang boleh dinikmati atau diperoleh daripada barangan. Contohnya, faedah meminum susu sehingga habis daripada haiwan yang diternak, memakan buah daripada pokok dan faedah menggunakan barangan seperti kenderaan atau pakaian. Dalam mazhab Maliki, ghallah merujuk secara khusus kepada faedah tambahan seperti faedah rumah ialah mendiaminya tetapi apabila disewakan maka menjadi faedah tambahan.
fish health managementpengurusan kesihatan ikanPerikananAkuakulturAmalan mengawal selia aktiviti ternakan pada peringkat pembenihan, asuhan dan ternakan untuk mencegah penyakit ikan serta memastikan kesihatan ikan berada dalam keadaan optimum untuk diternak. Kebiasaannya, amalan ini melibatkan pengurusan dari segi persekitaran air, spesies ikan dan patogen. Contohnya, memastikan kualiti air berada dalam julat sesuai untuk ternakan, ketiadaan patogen dalam kawasan ternakan dan kualiti benih yang tinggi.
marine fishikan air lautPerikananAkuakulturIkan yang hidup di dalam laut pada tahap kemasinan 30 – 50 ppt. Contoh ikan air laut ialah ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal dan ikan haruan tasik yang diternak dalam sangkar laut terbuka. (SIHAT, TERNAK)
heiferheiferPertanianAgroteknologiLembu betina muda yang berumur satu tahun atau lebih, yang belum pernah melahirkan anak. Heifer akan dikahwinkan dengan lembu jantan bagi tujuan membiakkan anak. Bagi lembu tenusu, setelah melahirkan anak dan cerai susu, heifer yang kini menjadi ibu lembu akan terus diternak untuk mendapatkan susu. Selain heifer, haiwan ternakan lembu yang biasa terdapat dalam sesebuah ladang ternakan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori seperti lembu jantan baka, anak lembu belum cerai susu, anak lembu cerai susu, anak lembu jantan dan lembu menyusu.
Cash cropsTanaman kontanPertanianAgronomi

Jenis tanaman yang diusahakan untuk mendapat pulangan melalui penjualan hasil tanaman kepada pihak luar, sama ada di pasaran tempatan atau untuk dieksport. Istilah ini digunakan untuk membezakan dengan tanaman yang diusahakan untuk memenuhi keperluan sendiri sebagai makanan atau keperluan haiwan yang diternak oleh pengusaha. Kebanyakan pertanian moden mengusahakan tanaman kontan dan hanya sedikit yang menghasilkan tanaman untuk saradiri.

12

Kembali ke atas