Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditonjolkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foilwatak lawanKesusasteraanTiadaWatak yang ditonjolkan secara kontra bagi menyerlahkan sifat, ciri atau aksi yang bertentangan pada watak protagonis (watak utama dalam sesuatu cerita). Watak ini digunakan dalam naratif atau drama. Contohnya, watak pasif akan menyebabkan sifat dinamik watak aktif lebih nyata dan ketara. Lihat juga watak bundar, watak pipih.
bobbin finingrenda biku bayangKesenianTiadaRenda buatan mesin, menyerupai renda bayang, lakaran luarnya ditonjolkan dengan menggunakan benang tebal.
blurbsariKomunikasiKorporatMaklumat yang ditulis secara ringkas, padat, dan mengandungi makna mendalam mengenai sesuatu yang ingin ditonjolkan. Maklumat boleh bersifat penjelasan, komentar, pujian, publisiti dan sebagainya. Penulisan jenis ini kerap digunakan untuk menjelaskan kandungan buku, kandungan kursus, atau maklumat mengenai barangan. Kata-kata yang digunakan kerap memberikan makna yang besar dan mendalam. Selain itu, terdapat juga kenyataan yang bersifat tidak menunjukkan penglibatan, kenyataan yang diambil daripada komentar penulis akhbar, dan hasil temu bual dengan individu berwibawa mengenai sesuatu perkara. Matlamat penulisan sari adalah untuk menarik perhatian pelanggan.
offensive tactictaktik seranganPengurusanPerancanganTaktik yang dilakukan apabila organisasi melihat peluang pasaran akibat daripada kesilapan atau kekurangan yang ditonjolkan oleh pesaing. Tujuan taktik serangan adalah untuk mengeksploitasi kelebihan yang ada pada organisasi tersebut dan mengambil kesempatan pada peluang yang ada untuk menguasai pasaran. Contoh taktik serangan adalah menambah baik produk berbanding dengan produk pesaing serta menawarkan harga yang jauh lebih murah, mengadakan aktiviti promosi yang agresif (seperti potongan harga dan barang percuma) bagi menarik perhatian pelanggan pesaing.
blobsblobKesenianSeni BinaRupa bentuk organik atau rekaan seni bina yang tidak bersegi, berpenjuru atau bersudut seperti rupa bentuk bulat atau gabungan rupa bentuk bulat dan bujur. Reka bentuk ini ditonjolkan oleh Greg Lynn pada sekitar tahun 1990-an dengan bantuan teknologi komputer.
allocation of powersperuntukan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPengagihan kuasa bagi menentukan ruang kuasa dan bidang tugas dalam pengurusan pemerintahan. Proses ini ditentukan melalui semangat pengasingan kuasa sebagaimana yang terkandung dalam falsafah pemerintahan sistem demokrasi, seperti yang ditonjolkan oleh Monstesquieu. Contohnya, bidang kuasa Badan Kehakiman mentafsir sesuatu undang-undang yang telah digubal dan menentukan sifat hukuman ke atas sesuatu pengadilan.
pluralismFaham majmukSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menjelaskan sebuah masyarakat yang memiliki kepelbagaian sama ada dari segi kelompok etnik, parti politik, pertubuhan pendesak atau individu. Setiap kelompok memiliki minat dan kepentingan yang berbeza serta bersaing antara satu sama lain dalam mempengaruhi dasar negara mengikut peraturan yang ditetapkan. Kepelbagaian dan kebebasan merupakan ciri utama fahaman ini iaitu hak dan tanggungjawab setiap kelompok atau individu perlu dihormati. Dalam masyarakat yang majmuk, kepelbagaian ini sering ditonjolkan dalam bentuk kaum atau ras manakala dalam masyarakat yang lebih kompleks ditonjolkan oleh parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pelbagai. Fahaman ini menolak penguasaan kelas atasan terhadap masyarakat atau sekatan terhadap kebebasan persaingan politik. Sinonim pluralisme.
facadefakadKesenianSeni BinaBahagian luar bangunan yang paling menyerlah, iaitu di bahagian hadapan bangunan atau bahagian sisi bangunan yang menghadap kawasan laluan orang ramai. Fakad merupakan elemen utama dalam seni bina yang mampu menyampaikan maksud dan fungsi sesuatu bangunan. Fakad ibarat wajah bangunan supaya ciri-ciri kecantikan dapat ditonjolkan dan reka bentuk elemennya dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Istilah ini berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud "bahagian hadapan" atau "muka". Sinonim mukaan.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.
class conflictkonflik kelasSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas.
12

Kembali ke atas