rice kernel | beras | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Padi yang sudah ditumbuk atau diproses dengan kulitnya telah terkupas. |
expanded perlite | perlit terkembang | Kejuruteraan | Petroleum | Batuan gunung berapi silika yang ditumbuk halus dan dipanaskan di dalam setuhar yang sanga tinggi suhunya. Pemanasan ini menyebabkan pengembangan dan terbebasnya air yang terdapat dalam batuan tersebut. Sebagai hasilnya akan tertinggal partikel batuan yang agak terkembang dan berliang. Antara kegunaan bahan ini termasuklah sebagai bahan tambah peringan untuk simen. |
rice | beras; nasi; padi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Beras: Padi yang sudah ditumbuk atau diproses dan kulitnya telah terkupas.,2. Nasi: Beras yang telah ditanak atau dikukus.,3. Padi: Sejenis tumbuhan rumput yang buahnya dijadikan beras. |
flake rice | emping | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan daripada padi muda yang digoreng dan ditumbuk tipis-tipis. |
Turkish coffee | kopi Turki | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kopi daripada bijian kopi yang dibakar dan ditumbuk halus, disediakan di dalam teko perak dan dididihkan di atas api sederhana, dimasukkan gula ketika mendidih dan dibiarkan sejuk sehingga pati kopi turun ke bawah sebelum dihidang. |
cornflake | emping jagung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bijirin sarapan daripada biji jagung yang digoreng atau dibakar dan ditumbuk menjadi kepingan tipis. |
physical pain | kesakitan fizikal | Gerontologi | Tiada | Sakit yang benar-benar dirasai, seperti rasa sakit apabila dicubit, ditumbuk atau luka. |
husk | sabut; sekam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sabut: Kulit yang berserat seperti kulit nyiur dan pinang.,Sekam: Kulit padi yang tertanggal setelah ditumbuk dan sebagainya. |
bitter almond oil | minyak badam pahit | Kimia | Forensik | Minyak meruap yang diperoleh daripada penyulingan isirung badam pahit. Badam pahit mengandungi amigdalin, bersama-sama dengan enzim yang memangkinkan hidrolisisnya. Apabila isirung ditumbuk dan di lembapkan, minyak meruap yang terhasil akibat hidrolisis yang berlaku boleh disuling keluar. Minyak ini mengandungi benzaldehid dan asid hidrosianik sebagai bahan utama, dan digunakan dalam farmasi sebagai perisa makanan selepas asid hidrosianik disingkirkan. |
reflex action | aksi refleks | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian plot dalam drama atau teater yang menunjukkan aksi tindak balas sesuatu watak dalam lakonan. Contohnya, reaksi sesuatu watak yang membalas tumbukan apabila ditumbuk oleh watak lain. |