Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[don.dang] | دوندڠ

Definisi : = dondangan ark buaian atau en­jutan (tempat menidurkan anak); kain ~ (dondangan) kain buaian; mendondang, mendondangkan mem­bu­ai­-buaikan (mengenjut-enjutkan) anak dlm buaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[don.dang] | دوندڠ

Definisi : = ~ sayang sj nyanyian atau lagu utk menghibur hati, biasanya dinyanyikan oleh dua orang dgn berbalas-balas pantun. berdondang, = ~ sayang bernyanyi dondang sayang utk bersuka-suka: Dahulunya orang-orang Melaka memang suka ~ di Tanjung Keling semasa perayaan Safar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[don.dang] | دوندڠ

Definisi : ; mendondangkan membuai-buai (mengenjut-enjutkan) anak dlm buaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dondang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

violinbiolaMuzikTiada

 Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Biola ialah lut yang digesek dan dimainkan dalam ensembel seperti keroncong, dondang sayang dan asli.

folk songlagu rakyatKesusasteraanTiadaNyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah.
syncreticsinkretikMuzikTiada

Muzik vokal dan instrumental yang menggabungkan pelbagai unsur muzik seperti muzik Melayu, Arab, Parsi, India, Cina dan Barat. Muzik sinkretik ini biasanya dipersembahkan dalam majlis sosial seperti perkahwinan dan teater bangsawan di Malaysia. Contoh muzik sinkretik ialah ghazal, dondang sayang, ronggeng, asli, inang, joget dan masri. Sinonim muzik sinkretik.

ronggengronggengMuzikTiada

 Tarian, muzik sosial dan muzik sinkretik yang melibatkan golongan lelaki dan perempuan menari sambil berpantun. Rong­geng dipersembahkan oleh orang Melayu dan Baba dalam majlis perayaan seperti majlis perkahwinan. Tetamu lelaki dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari perem­puan. Ronggeng diiringi alat muzik seperti biola, akordion, rebana dan gong. Repertoirnya merangkumi lagu asli, joget, inang, masri, dondang sayang, keroncong, rhumba, cha-cha-cha dan lagu popular. Ronggeng dikenali juga sebagai joget.


Kembali ke atas