Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pegawai diplomatik yg tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing utk tinggal me­netap di sana (selama beberapa tahun) sbg wakil kerajaannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duta besar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ambassadorduta besarSains PolitikHubungan AntarabangsaPerwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah.
Ambassador Extraordinary & PlenipotentiaryDuta Besar Istimewa dan MutlakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Envoy Extraordinary and PlenipotentiaryDuta Besar Mutlak dan IstimewaSejarahTiadaOrang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa.
charge d�affaireskuasa usahaSains PolitikHubungan AntarabangsaPenjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan).
plenipotentiaryplenipotensiariSejarahTiadaWakil atau duta besar yang mempunyai kuasa penuh untuk bertindak dan membuat keputusan bagi pihak kerajaannya.

Kembali ke atas