| feuture sheet | helaian fitur | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Maklumat pada borang yang mengandungi data yang berkaitan fitur. Helaian fitur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu huraian data fitur dan lakaran kasar fitur. Maklumat yang dicatat melibatkan keadaan fitur, ukuran jarak , material, persekitaran fitur dan hipotesis. Maklumat pada helaian fitur ini disertai dengan foto sebagai rekod. Helaian ini penting kerana perubahan pada struktur fitur semasa dan selepas gali cari dapat dikesan seperti keadaan asal. Maklumat yang dicatatkan dalam helaian fitur ini perlu disahkan oleh pengarah lapangan atau penyelia petak. |
| pemilihan fitur | feature selection | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Proses yang melibatkan pemilihan subset fitur yang berkaitan daripada set fitur asal untuk mengurangkan bilangan fitur sambil meningkatkan prestasi model dengan mengurangkan kos pengiraan. Set data asal dengan terlalu banyak fitur yang mungkin tidak relevan akan melambatkan proses latihan dan boleh mengurangkan ketepatan. Proses pemilihan fitur ini membantu dalam membina model yang lebih ringkas, lebih pantas dan lebih tepat. Antara contoh teknik pemilihan fitur yang popular ialah Analisis Komponen Utama (PCA), Analisis Komponen Bebas (ICA) dan Analisis Diskriminasi Linear (LDA). |
| literary convension | konvensi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Alat atau tatacara sastera yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengarang dan pembaca, termasuklah penerimaan pembaca bahawa setiap bentuk karya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Konvensi sastera juga merujuk kepada fitur-fitur khusus seperti tema, watak, bentuk dan teknik yang wujud berulang kali dalam karya sastera. |
| pengekstrakan fitur | feature extraction | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses mengenal pasti dan mengekstrak fitur yang relevan daripada data mentah seperti teks, video, audio dan imej bagi memudahkan pembelajaran mesin. Tujuan utama proses ini ialah mengurangkan dimensi data sambil mengekalkan maklumat penting, sekali gus meningkatkan kecekapan pengkomputeran dan prestasi model. Sebagai contoh, pengekstrakan fitur dalam korpus teks Melayu klasik untuk mengekstrak fitur golongan kata seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Jika kita mempunyai ayat �Shuhaida tidur di atas katil�. Kata �Shuhaida� dan �katil� akan diekstrak sebagai fitur kata nama, kata �tidur� sebagai fitur kata kerja, kata �di� sebagai fitur kata hubung dan kata �atas� sebagai fitur kata sendi nama yang relevan digunakan dalam model AI. Contoh alkhwarizmi yang digunakan seperti analisis komponen utama (PCA), frekuensi istilah-frekuensi dokumen songsang (TF-IDF) dan beg kata (BoW). Lihat juga frekuensi istilah-frekuensi dokumen songsang (TF-IDF), beg kata (BoW). |
| distinctive feature | ciri distingtif | Linguistik | Tiada | Ciri distingtif: Fitur fonetik sesuatu ujaran yang bersifat fonemik. Contohnnya, fitur bersuara dan tidak bersuara [p] dan [b] dalam [para] dan [bara] dianggap fitur distingtif. |
| feature | fitur | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Data arkeologi yang berhubungan dengan budaya manusia. Data ini merujuk kepada sebarang peninggalan yang terdapat di atas permukaan tanah dan tidak berubah. Sekiranya berlaku sebarang perubahan data ini dianggap terganggu. Data fitur yang pertama kali ditemui harus direkodkan selengkap mungkin dengan disertai gambar foto sebagai bukti keadaan asalnya. Contoh fitur seperti dinding kota, struktur binaan, kuburan, nisan, lubang sampah dan lubang liang. |
| metrical analysis | analisis ukuran | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tumpuan kepada aspek pengukuran terhadap sesuatu artifak dan fitur. Antara sasaran analisis ialah ukuran panjang, lebar, tebal, tipis dan diameter. Kaedah ini dapat menentukan ciri khusus seperti kategori dan zaman kepada sesuatu artifak dan fitur. Contohnya, pengukuran terhadap kapak batu dan kapak batu persegi empat panjang dilakukan untuk menentukan ciri kategori dan zamannya. Analisis ukuran terhadap tembikar tanah dilakukan untuk mengenal pasti fungsinya sama ada sebagai tempat menyimpan atau memasak. |
| probe tool | cucukan duga | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat untuk mencucuk ke bawah permukaan tanah bagi mengesan tinggalan artifak dan fitur semasa survei dijalankan. Alat yang biasa digunakan ialah batang besi yang berhujung tajam. Cucukan yang terhalang berkemungkinan menandakan terdapatnya objek atau fitur di bawah permukaan tanah tersebut. |
| feature | fitur | Geospatial | Tiada | Tiada |
| geographic feature | fitur geografi | Geospatial | Tiada | Tiada |