| photoelectric sensitivity | kepekaan fotoelektrik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kadar elektron dipancar daripada logam bagi seunit fluks sinaran pada frekuensi tertentu. Sinonim: hasil fotoelektrik.,2. Sifat bahan yang menentukan keupayaannya untuk melepaskan elektron apabila menyerap foton. Sinonim: hasil fotoelektrik. |
| photoelectric effect | kesan fotoelektrik | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: penyerapan fotoelektrik Salah satu proses penyerapan sinar gama (foton) yang mungkin terjadi apabila foton menlanggar elektron yang wujud dalam orbit atom. Akibat daripada penlanggaran itu, seluruh zat foton hilang atau trserap oleh atom berkenaan tetapi sebutir elektron dibebaskan keluar dari atom tersebut. Fenomena ini boleh terjadi jika foton bertenaga rendah, iaitu lebih rendah daripada 100 Ke V. |
| photoelectric effect | penyerapan fotoelektrik | Kejuruteraan | Petroleum | Lihat kesan fotoelektrik. |
| photoelectric photometry | fotometri fotoelektrik | Fizik | Optik | Fotometri yang menggunakan peranti fotoelektrik sebagai unsur penderia. |
| photoelectric threshold | ambang fotoelektrik | Kejuruteraan | Tiada | Tenaga minimum foton bagi menghasilkan kesan fotoelektrik. |
| photoelectric peak | puncak fotoelektrik | Kejuruteraan | Tiada | Puncak dalam spektrum sinar gama yang disebabkan oleh kesan fotoelektrik |
| photoelectric attenuation coefficient | pekali pengecilan fotoelektrik | Kejuruteraan | Tiada | Pekali pengecilan yang berkaitan dengan kesan fotoelektrik. |
| photoelectric emission | pancaran fotoelektrik | Kimia | Tiada | Pancaran elektron dari permukaan logam yang disebabkan oleh hentaman foton, seperti dalam kesan fotoelektrik dan pemfotoionan. |
| Einstein photoelectric equation | persamaan fotoelektrik Einstein | Kejuruteraan | Tiada | Persamaan tenaga kinetik elektron yang terlecit setelah menyerap kesemua tenaga foton di bawah kesan fotoelektrik. |
| photoelectric effect | kesan fotoelektrik | Kejuruteraan | Tiada | Fenomenon yang dihasilkan oleh penyerapan foton oleh elektron, yang menyebabkan elektron dipancarkan dengan tenaga kinetik yang diberi oleh persamaan fotoelektrik Einstein. |