| lambai gajah | lambai gajah | Keris | Tiada | Bahagian sor-soran yang terletak di hujung belalai gajah . Sin: bibir gajah,lidah tiung. |
| kelarai kepala gajah | kelarai kepala gajah | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda berbentuk kain penutup kepala gajah tunggangan raja-raja dalam upacara adat tertentu. Di Sabah dikenali dengan kelarai tapak kaki gajah. |
| bibir gajah | bibir gajah | Keris | Tiada | Lihat lambai gajah. |
| telale gajah | telale gajah | Keris | Tiada | Lihat belalai gajah. |
| telinga gajah | telinga gajah | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun telinga gajah. |
| kinatah gajah singa | kinatah gajah singa | Keris | Tiada | Ukiran yang berbentuk seperti gajah dan singa yang diukir pada permukaan mata dan ditatah dengan emas. |
| dahi gajah | dahi gajah | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk bulu kumba atau bulu pada dahi gajah lazimnya dipasang pada puncak rabung bumbung rumah Bugis. |
| belalai gajah | belalai gajah | Keris | Tiada | Bahagian sor-soran yang berbentuk seperti belalai yang melengkung ke bawah menghala ke arah ganja. Sin: kuku alang. |
| Keris Gajah Tikur | Keris Gajah Tikur | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai satu keluk di bahagian pangkal mata. |
| rigi | rigi | Keris | Tiada | Bahagian sor-soran yang terletak di antara lambai gajah dengan belalai gajah. |