| nutritional disorder | gangguan pemakanan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
| dystrophy | distrofi | Perubatan | Tiada | Degenerasi struktur atau fungsi sesuatu organ, terutamanya otot yang mungkin diakibatkan oleh gangguan pemakanan. |
| binge-eating disorder | gangguan makan gelojoh | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Gangguan makan yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan bulimia nervosa, tetapi tanpa penyingkiran makanan secara paksa atau tingkah laku tambahan yang lain. Lihat juga bulimia nervosa. |
| ataxia | ataksia | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Gangguan koordinasi otot yang mengakibatkan pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak. |
| anorexia nervosa | anoreksia nervosa | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Gangguan makan disebabkan keadaan psikofisiologi yang berkaitan dengan penolakan terhadap berat badan normal yang minimum dan persepsi bentuk badan dan berat badan yang salah. Individu yang mengalami masalah ini takut akan pertambahan berat badan walaupun mereka sebenarnya kekurangan berat badan. Individu tersebut juga mengamalkan diet atau senaman yang keterlaluan untuk menurunkan berat badan. |
| bulimia nervosa | bulimia nervosa | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Gangguan makan yang dikaitkan dengan pengambilan jumlah makanan yang banyak pada satu-satu masa, dan diikuti oleh kelakuan menyingkirkan makanan dengan memuntahkannya secara sengaja atau menggunakan laksatif. |
| indigestion | ketakcernaan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kegagalan atau gangguan dalam proses pencernaan yang biasanya berkaitan dengan masalah lain seperti penyakit refluks gastroesofagus, ulser atau penyakit pundi hempedu. Simptomnya adalah seperti kesakitan pada abdomen selepas makan, muntah, kembung perut dan berasid. |
| eating disorder | gangguan makan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Tabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema. |
| pellagra | pelagra | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan niasin dan triptofan. Gejala pelagra ialah dermatitis atau keradangan pada permukaan kulit yang terdedah, gangguan gastrousus berserta cirit-birit dan gangguan saraf pusat. |
| diabetes mellitus | diabetes melitus | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Penyakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hormon insulin dan berlakunya rintangan insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula darah. Penyakit ini mengakibatkan glukosa dalam darah tidak dapat dioksidakan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon insulin atau insulin yang dihasilkan itu kurang berkesan. Diabetes melitus dicirikan dengan letih, dahaga, lapar, kerap kencing dan penurunan berat badan. Penyakit ini sering terjadi kepada golongan dewasa dan semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia. |