| rangkaian berseteru generatif (GAN) | generative adversarial network (GAN) | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Seni bina rangkaian berseteru khusus yang dihasilkan oleh Ian J. Goodfellow dan rakan-rakan. Rangkaian berseteru generatif terdiri daripada dua rangkaian iaitu rangkaian generatif dan rangkaian diskriminator. Rangkaian generatif berfungsi sebagai penyerang dengan menjana data sintetik yang seakan data sebenar manakala rangkaian diskriminator berfungsi sebagai pertahanan yang akan cuba membezakan mana satu data sebenar dan palsu. Keupayaan khusus GAN boleh menghasilkan data imej, teks dan pelbagai media lain yang realistik. |
| model generatif | generative model | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Model pembelajaran mesin atau model statistik yang mempelajari corak data sedia ada dalam data latihan bagi mencipta data baharu yang serupa dengan corak data latihan. Model generatif digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang, termasuk penglihatan komputer, pemprosesan bahasa tabii, dan seni generatif seperti dalam aplikasi GenAI. Contoh model generatif ialah rangkaian berseteru generatif (GAN) dan Penjanaan Autoenkoder Variasi (VAE). |
| generative content | kandungan generatif | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks sastera yang mengandungi isi penting yang dapat menjana perkembangan cerita atau dapat diperkembangkan dengan tujuan menyuburkan cerita tersebut. Kandungan generatif mungkin merupakan idea utama, motif yang berulang-ulang dalam naratif (leit-motif), atau imej yang mengawal keseluruhan tema. Dalam roman Melayu, tema percintaan merupakan isi generatif. Motif buangan merupakan leit-motif yang utama. Dalam teori morfologi Propp (1968), unsur plot yang disebut fungsi merupakan isi generatif dalam cerita pari-pari kerana unsur ini menjana perkembangan cerita seterusnya. Contohnya, fungsi penganiayaan atau kekurangan merupakan fungsi yang terawal dalam skema plot yang menjana perkembangan cerita sehingga ke akhirnya. Lihat juga fungsi. |
| AI generatif (GenAI) | generative AI (GenAI) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Sistem AI yang mampu mencipta kandungan baharu dalam bentuk audio, teks, video, imej, grafik, simulasi, animasi, atur cara atau reka bentuk produk berdasarkan arahan prom yang bersesuaian dengan sistem yang digunakan. Arahan prom dalam sistem AI ini boleh terdiri daripada teks, suara, gambar, sentuhan, isyarat digital dan analog. Contohnya, sistem bot sembang, DALL.E dan ESMFold. |
| generative semantics | semantik generatif | Linguistik | Tiada | Tiada |
| generative phonology | fonologi generatif | Linguistik | Tiada | Tiada |
| generative grammar | tatabahasa generatif | Linguistik | Tiada | Tiada |
| generative semantics | semantik generatif | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| generative grammar | tatabahasa generatif | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| generative case | kasus generatif | Pendidikan | Tiada | Tiada |