| glican | glikan | Herba | Fitokimia | Lihat polisakarida. |
| polysaccharide | polisakarida | Herba | Fitokimia | Polimer gula ringkas (monosakarida) yang terjalin bersama melalui ikatan glikosida. Polisakarida yang terdiri daripada gula ringkas yang sama dinamakan homopolisakarida, dan yang terdiri daripada gula ringkas yang berbeza dinamakan heteropolisakarida. Contohnya, polisakarida yang terdiri daripada unit galaktosa dinamakan galaktan. Tiga jenis polisakarida yang penting ialah kanji, glikogen dan selulosa yang kesemuanya glukan. Kanji ialah bahan makanan simpanan utama tumbuhan. Glikogen berfungsi sebagai karbohidrat simpanan bagi haiwan manakala selulosa ialah bahan strukturan bagi tumbuhan. Sinonim glikan. |