| binding hifa | hifa penambat | Biologi | Mikologi | Hifa yang berdinding tebal, bercabang, tak berseptum, halus, berbentuk karang, dan berfungsi sebagai pengikat hifa rangka dan hifa generatif. Hifa ini dapat ditemukan pada lapisan trama jasad buah kulat liang. |
| paraderm | paraderma | Biologi | Mikologi | Lapisan kulit yang terdiri daripada hifa-hifa bulat yang jejarinya lebih kurang sama. |
| pseudocortex | pseudokorteks | Biologi | Mikologi | Korteks liken yang terdiri daripada hifa-hifa bergelatin yang tersusun rapat dan padat. |
| somatogamy | somatogami | Biologi | Mikologi | Pertaupan sel-sel soma atau hifa-hifa yang melibatkan plasmogami. |
| synenchyma | sinenkima | Biologi | Mikologi | Tisu berbentuk bulat yang terdiri daripada hifa-hifa yang tersusun rapat secara lateral. |
| monomitic | monomitik | Biologi | Mikologi | Berkaitan dengan basidiokarpa yang hanya terdiri daripada hifa-hifa generatif. |
| asteroporaceous | asteroporaseus | Biologi | Mikologi | Mempunyai ciri yang menyerupai ciri Asterospora, iaitu mempunyai tisu jasad buah yang terdiri daripada gabungan sferosista, hifa penghubung, hifa lakteriferus, dan sebagainya. Permukaan sporanya kasar dan amiloid. |
| laticifer | latisifer | Biologi | Mikologi | Hifa atau sel hifa yang menghasilkan lateks. |
| lactiferous hypha | hifa berlaktifer | Biologi | Mikologi | Hifa yang menghasilkan jus bersusu, misalnya hifa cendawan Lactarius. |
| bridging hypha | hifa penyambung | Biologi | Mikologi | Cabang hifa khusus yang menyambungkan dua hifa lain. |