| identity crisis | krisis identiti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut. |
| identity theft | pencurian identiti | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Aktiviti menyalahgunakan maklumat pengenalan atau identiti individu lain untuk tujuan menjalankan suatu komunikasi atau transaksi. Maklumat pengenalan oleh diperoleh secara sah atau tidak sah. Aktiviti ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik identiti tersebut. |
| identity | identiti; kepercaman; keperibadian; pengenalan | Perubatan | Tiada | Identiti: Sekumpulan ciri pada individu, yang melaluinya individu tersebut dapat dikenal sama ada oleh orang lain atau dirinya sendiri. |
| identity shift | ubah identiti | Psikologi | Tiada | Perubahan identiti seseorang sebagai tindak balas kepada perkembangan personaliti, pengaruh sosial, atau perubahan keadaan. |
| identity shift | ubah identiti | Umum | Tiada | Perubahan identiti seseorang sebagai tindak balas kepada perkembangan personaliti, pengaruh sosial, atau perubahan keadaan. |
| additive identity | identiti (terhadap), penambahan | Matematik | Tiada | Satu unsur identiti dalam operasi tambahan. |
| dissociative identity | kecelaruan identiti disosiatif | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan disosiatif yang menyebabkan individu memperlihatkan lebih daripada satu personaliti yang berbeza tetapi lengkap. Menurut DSM-IV Codes 300.14, pesakit yang mengalami kecelaruan ini akan mempunyai dua personaliti yang berbeza. Proses diagnosis memerlukan sekurang-kurangnya dua personaliti yang jelas mengawal pesakit secara rutin. Setiap personaliti mempunyai nama, ingatan, trait dan fizikalnya tersendiri. Pesakit ini biasanya akan mengaku mempunyai lebih daripada satu identiti. Kecelaruan identiti disosiatif juga dikenali sebagai kecelaruan personaliti pelbagai. |
| identity theft | kecurian identiti | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan menggunakan nama orang lain dan maklumat peribadi orang tersebut secara sengaja tanpa kebenaran pemilik identiti tersebut untuk mendapatkan faedah peribadi. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada secara dalam atau luar talian. Contohnya, seseorang individu yang menggunakan maklumat kad kredit orang lain untuk tujuan pembelian barangan dalam talian. |
| authentication tool | alat pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. |
| user authentication | pengesahan pengguna | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyahihan identiti pengguna dalam sesebuah sistem komputer dengan membekalkan identiti umum pengguna dan maklumat pengesahan sebagai syarat awal sebelum membenarkan capaian ke sebuah komputer atau penggunaan sumber dalam komputer berkenaan. |