| dysentery | disenteri | Perubatan | Tiada | Pelbagai bentuk gangguan pada usus yang ditandai dengan inflamasi, terutama inflamasi kolon. Antara gejalanya termasuklah kesakitan pada abdomen dan kekerapan buang air besar yang mengandungi darah dan mukus. Antara agen-agen penyebab ialah bahan rengsaan, bakteria, atau cacing parasit. |
| diverticulitis | divertikulitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi divertikulum, terutama inflamasi yang berkaitan dengan divertikulum kolon yang mungkin berliang dan membentuk abses. |
| neuromyositis | neuromiositis | Perubatan | Tiada | Inflamasi saraf diikuti dengan inflamasi otot yang bersentuhan dengan saraf yang terlibat. |
| prostatocystitis | prostatosistitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi bahagian prostat uretra. Inflamasi ini boleh merebak sehingga ke pundi kencing. |
| funiculitis | funikulitis | Perubatan | Tiada | 1. Inflamasi korda sperma. 2. Inflamasi akar saraf spina yang berada di dalam terusan intervertebra. |
| inflammatory arthropathy | artropati inflamasi | Perubatan | Tiada | Penyakit sendi yang berpunca daripada inflamasi. |
| inflammation | inflamasi | Perubatan | Tiada | Gerak balas perlindungan yang tercetus akibat kecederaan atau kerosakan tisu. Inflamasi dicirikan oleh kepanasan, kebengkakan, nyeri dan kemerahan pada tisu. |
| pyelitis | pielitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi pelvis ginjal. Antara ciri inflamasi ini ialah rasa nyeri di belakang pinggang, kerengsaan pundi kencing, demam yang berulang, cirit-birit dan muntah-muntah. |
| vulvovaginitis | vulvovaginitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi vulva dan faraj atau inflamasi kelenjar vulvovagina. |
| phlebitis | flebitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi vena, yang disertai dengan penyusupan sel inflamasi pada dinding vena, dan biasanya pembentukan trombosis. Penyakit ini dicirikan dengan edema, kekerasan pembuluh dan kenyerian di bahagian yang terlibat. |