| turbocharger | pengecas turbo | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gabungan pemampat dengan turbin udara jenis emparan yang dipacu oleh gas ekzos. Komponen pemampat dalam pengecas turbo ini memaksa suatu amaun udara tambahan atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam enjin dan dipacu oleh turbin yang dijalankan oleh aliran gas ekzos. Proses ini menambah- kan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini meninggikan kecekapan isi padu dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin. |
| lyric song | nyanyian lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat. |