| Istanbul | Istanbul | Sejarah | Tiada | Tiada |
| stambul | stambul | Muzik | Tiada | Teater atau opera popular yang wujud di Surabaya pada abad ke-19 dan abad ke-20. Stambul ialah singkatan daripada perkataan Istanbul. Pada awal kemunculannya, cerita Timur Tengah dipentaskan. Kostum dengan tarbus merah dari Turki atau Arab dipakai semasa pertunjukan teater ini. Unsur cerita Cina, Jawa dan Eropah ditambah secara beransur-ansur. Teater ini diiringi muzik Barat dan keroncong stambul yang dimainkan oleh orkestra Barat dan dipentaskan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Stambul mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti likay di Thailand, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong |
| eclecticism | eklektisisme | Kesenian | Seni Bina | Fahaman falsafah yang menggunakan pelbagai sumber dan ilmu pengetahuan. Fahaman ini menggabungkan pelbagai teori, gaya atau idea bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkenaan dengan sesuatu reka bentuk. Pendekatan eklektik dalam seni bina lebih dikenali sebagai pendekatan potong dan tampal kerana menggabungkan pelbagai gaya daripada pelbagai jenis dan tipologi seni bina, sama ada pada masa lampau atau pada masa kini. Di Malaysia, contoh bangunan yang dibina menggunakan pendekatan eklektik ialah masjid Universiti Teknologi Malaysia. Perancangan masjid ini menerapkan pelbagai gaya seni bina seperti kubah di Isfahan, gerbang Iwan di Iran, mimbar masjid di Kaherah dan menara di Istanbul. |