| astrophysics | ilmu astrofizik | Kimia | Tiada | Cabang ilmu astronomi yang menggunakan buku fizik dalam kajiannya. |
| limitation | pengehadan | Pendidikan | Tiada | Aspek dalam kajian yang pengkaji tahu akan mempengaruhi keputusan kajiannya tetapi di luar kawalan pengkaji. |
| anniversary-to-anniversary study | kajian ulang tahun ke ulang tahun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kajian tentang kadar kemortalan yang tempoh kajiannya merangkumi satu ulang tahun ke satu ulang tahun yang berikutnya. |
| function | fungsi | Kesusasteraan | Tiada | Aksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera. |
| binary opposition | tentangan binari | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian. |
| holonecrosis | holonekrosis | Biologi | Patologi | Hipotesis yang mengatakan bahawa apabila ada gen perumah yang menentukan ketahanannya terhadap serangan sesuatu patogen, maka ada pula gen virulen patogen tersebut yang boleh berinterakasi secara khusus dengan gen tahan tadi. Hipotesis ini telah diutarakan oleh Floor (1942) berdasarkan kajiannya terhadap penyakit karat flaks (Linum usitassimum) yang disebabkan oleh Melampsora lini. |
| International Political Economy | Ekonomi Politik Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pendekatan yang digunakan dalam pengajian antarabangsa pada tahun 1970-an. Dalam tempoh tersebut, harga minyak di seluruh dunia meningkat dan sistem kewangan antarabangsa Bretton Woods menjadi lemah. Pendekatan ini menggabungkan analisis politik dan ekonomi dalam kajiannya. Sebelum ini, pendekatan kajian berdasarkan kepada perspektif bidang sejarah sosiologi dan sejarah ekonomi. Kini, pendekatan tersebut menjadi asas kepada pemahaman tentang kebanyakan hubungan antarabangsa. Keadaan ini disebabkan faktor seperti globalisasi, penggunaan internet dan penubuhan blok-blok ekonomi di benua Asia, Eropah dan Amerika Utara. |
| literary typology | tipologi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pola struktur yang sama, yang wujud dalam kelompok cerita tertentu. Sesebuah cerita dapat digolongkan ke dalam satu tipologi berdasarkan satu pola struktur tipa yang sama. Pola tersebut mungkin dibina oleh urutan unit polot yang disebut fungsi. Contohnya seperti yang diketengahkan oleh V. Propp dalam analisis morfologi genre cerita pari-pari, atau dikenal pasti sebagai motifeme oleh Dundes dalam kajiannya tentang struktur cerita suku peribumi Indian di Amerika Utara. Berdasarkan analisis v. Propp, semua cerita yang memperlihatkan struktur morfologi yang sama akan tergolong di bawah tipologi cerita pari-pari. |
| formulaic verbal theory | teori formulaik lisan | Kesusasteraan | Tiada | Teori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita |