Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bun footalas banKesenianTiadaBahagian hujung kaki bangku atau meja yang berbentuk ban.
penyahtaksaan erti kata (WSD)word sense disambiguation (WSD)Kecerdasan BuatanKomunikasiProses yang digunakan dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) untuk menentukan makna yang tepat bagi sesuatu kata yang mempunyai pelbagai erti berdasarkan konteks frasa, ayat atau teks yang mengandungi kata tersebut. Proses ini menyelesaikan kekaburan makna dengan memadankan penggunaan kata kepada makna yang paling sesuai dalam konteks. Sebagai contoh, dalam ayat �Ali patah kaki ketika bermain bola kerana beliau kaki bangku�, WSD akan membezakan makna kaki dalam frasa �patah kaki� (anggota badan) daripada �kaki bangku� (ungkapan idiomatik yang bermaksud tidak pandai bermain bola). Contoh alkhwarizmi WSD yang digunakan termasuk alkhwarizmi Lesk, Naive Bayes dan model pembelajaran mendalam seperti BERT.
board ended stoolbangku kaki bodKesenianTiadaBangku panjang yang kakinya diperbuat daripada bod.
idiomidiomKesusasteraanTiadaCara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain.
side bracepalang tepiKesenianTiadaPalang pada bahagian tepi kaki kerusi atau bangku untuk menghalangnya daripada condong ke depan atau ke belakang.
duchesse-briseeduchesse-briseeKesenianHiasan DalamanKerusi panjang yang mempunyai penyandar di hujungnya dan sebuah bangku sebagai tempat meletakkan kaki. Kerusi ini banyak digunakan pada abad ke-19.
public parktaman awamLandskapTiadaKawasan berlandskap yang dibina oleh pihak berkuasa di suatu kawasan untuk kegunaan orang ramai menjalankan aktiviti rekreasi dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bangku, tempat pejalan kaki, tandas dan sebagainya.
streetscapewajah jalanLandskapTiadaKeadaan rupa dan suasana persekitaran di sebatang jalan yang merangkumi reka bentuk jalan, permukaan lorong pejalan kaki dan perabot jalan seperti bangku, lampu dan papan tanda.
streetscapewajah jalanLandskapTiadaKeadaan rupa dan suasana persekitaran di sebatang jalan yang merangkumi reka bentuk jalan, permukaan lorong pejalan kaki dan perabot jalan seperti bangku, lampu dan papan tanda.

Kembali ke atas