| campus | kampus | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| off campus programme | program luar kampus | Pendidikan | Tiada | Rancangan pendidikan jarak jauh yang dijalankan melalui kursus gaya pos, rancangan radio, audio, atau video, atau menggunakan modul tertentu, tanpa memerlukan pelajar hadir di institusi pendidikan. |
| Campus Wide Information System | Sistem Maklumat Seluruh Kampus | Teknologi Maklumat | Tiada | Maklumat dan perkhidmatan yang disediakan untuk institusi pendidikan melalui rangkaian komputer. Contohnya, kalendar akademik, direktori fakulti dan pangkalan data. |
| CWIS (campus wide information system) | CWIS (sistem maklumat seluruh kampus) | Teknologi Maklumat | Tiada | Maklumat dan perkhidmatan yang disediakan untuk institusi pendidikan melalui rangkaian komputer. Contohnya kalender akademik, direktori fakulti dan pangkalan data. |
| personal rapid transit | transit persendirian segera | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pengangkutan persendirian bagi memudahkan perjalanan penumpang dalam sesuatu kawasan yang luas seperti kawasan kampus. |
| net radio | radio jaringan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak. |
| resolusi saling rujuk | coreference resolution | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Teknik penting dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) untuk mengenal pasti entiti dan mengaitkan semua ungkapan dalam teks yang merujuk kepada identiti yang sama, sama ada orang, objek atau konsep. Sebagai contoh, dalam teks �Perdana Menteri merasmikan kampus universiti. Beliau hadir bersama Canselor dan jemputan pada jam 2 petang. Yang Amat Berhormat juga telah berjumpa dengan pelajar cemerlang secara tertutup�, teknik ini akan menentukan bahawa ungkapan �beliau� dan �Yang Amat Berhormat� merujuk kepada entiti yang sama, iaitu Perdana Menteri, dan seterusnya menghubungkan ungkapan tersebut sebagai satu rantaian rujukan. |
| axial planning | perancangan berpaksi | Kesenian | Seni Bina | Kaedah perancangan bandar yang dibuat berasaskan garis paksi. Garis paksi ini akan menjadi laluan utama dan rujukan kepada rangkaian cabang laluan yang lebih kecil. Garis paksi yang digunakan dalam perancangan tersebut lazimnya ialah jalan raya utama yang menghubungkan dua atau lebih mercu tanda. Di kawasan pembangunan perbandaran yang lebih kecil seperti kampus atau perumahan, laluan pejalan kaki juga dijadikan garis paksi bagi menghubungkan dua atau lebih bangunan atau ruang utama. |