| pengakaran | stemming | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses yang digunakan untuk memangkas sesuatu kata terbitan kepada bentuk kata akar yang tidak semestinya mempunyai makna. Sebagai contoh, kata terbitan �menyendiri� akan diakarkan kepada kata �nyendiri� yang tidak mempunyai makna, manakala �persendirian� akan diakarkan kepada kata �sendiri� yang mempunyai makna. Kaedah ini juga digunakan dalam analitik teks dan pemprosesan bahasa tabii. Lihat juga pelemaan. |
| catalogue | katalog | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata yang diambil dari akar kata bahasa sesuatu bangsa. Contoh: kata-kata amuk, latah, padi, kuku, jari dan sebagainya. |
| one shot password | kata laluan sekali cuba | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kata laluan yang hanya sesuai digunakan apabila capaian jarang dilakukan. Kata laluan yang baru akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor rawak kecil N dan kata akar S, serta menggunakan nilai N dan S dalam fungsi penyulitan sehala f seperti yang berikut: Kata laluan 1 = f N(S) Kata laluan 2 = f N.1(S) Kata laluan 3 = f N.2(S), dan seterusnya. Fungsi di atas tidak akan digunakan lagi selepas kata laluan ke-N dijana. Kaedah penggunaan fungsi f boleh divariasikan ke bentuk lain seperti f N.1 (SN+1) oleh pengguna untuk sesi capaian seterusnya. Kaedah ini lebih mudah dikawal dan diingati berbanding kaedah penjanaan kata laluan rawak sepenuhnya kerana pengguna sentiasa boleh mengira kata laluan semasa dengan menggunakan fungsi f yang ditentukannya. |
| root of word | akar kata | Linguistik | Tiada | Tiada |
| root of word | akar kata | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| pemangkasan | stemming | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses dalam pemprosesan bahasa tabii yang menukarkan kata terbitan kepada bentuk akar atau asasnya dengan membuang awalan, akhiran atau imbuhan tertentu. Proses ini membantu mengurangkan variasi morfologi dan menormalkan perkataan supaya analisis teks lebih konsisten. Dalam bahasa Melayu, misalnya, kata �berlari�, �melarikan� dan �pelari� dipangkas kepada bentuk akar �lari�. Alkhwarizmi pemangkas biasanya menggunakan set peraturan untuk menghapuskan imbuhan, dan antara pemangkas yang digunakan secara meluas ialah pemangkas Porter. Lihat juga token. |
| parenchyma | parenkima | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Unsur perlu sesuatu organ yang digunakan sebagai kata umum bagi merujuk unsur-unsur berfungsi sesuatu organ, selain rangka dan stroma organ berkenaan di dalam nomenklatur anatomi. 2. Tisu hidup berdinding tipis pada tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi yang berupaya menjalani proses pembahagian sel walaupun sudah matang. Tisu ini berfungsi sebagai agen fotosintesis dan agen penyimpan. Sebahagian besar tisu akar daun, batang, pulpa buah dan struktur sokong terdiri daripada tisu ini. 3. Tisu penghubung yang lembut bak jeli yang mengandungi sel-sel stelat dan gentian yang mengisi interstis antara organ dalaman cacing pipih dan beberapa jenis vertebrat yang lain. 4. Endoplasma protozoon. |