| artificial intelligence | kecerdasan buatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov. |
| emotion artificial intelligence | kecerdasan buatan emosi | STEM | Tiada | Teknologi kecerdasan buatan yang direka untuk mengenali, memahami dan bertindak balas terhadap emosi manusia. |
| artificial intelligence (AI) | kecerdasan buatan (AI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Subbidang Sains Komputer yang berkait rapat dengan pentaakulan simbolik dan penyelesaian masalah. Kebanyakan pakar mengaitkan kecerdasan buatan dengan dua idea asas, iaitu kajian proses pemikiran manusia dan perwakilan kesemua proses tersebut melalui mesin seperti komputer dan robot. Oleh itu, kesemua perilaku manusia serta sesuatu yang boleh dilakukan oleh mesin dianggap cerdas. Aplikasi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai peranti cerdas seperti dalam bidang keselamatan, perubatan, perbankan dan permotoran. |
| generative artificial intelligence (GenAI) | kecerdasan buatan generatif | STEM | Tiada | Teknologi kecerdasan buatan yang mampu mencipta data, kandungan baharu seperti gambar, audio dan teks berdasarkan corak dan contoh yang telah dipelajari daripada data sedia ada. |
| chatbot | bot sembang | Kecerdasan Buatan | Tiada | Program perisian yang menggunakan kaedah kecerdasan buatan untuk berinteraksi dengan pengguna melalui mesej atau perbualan automatik. |
| artificial intelligence architect | arkitek kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Individu yang merancang, mereka bentuk dan membina sistem kecerdasan buatan. |
| artificial intelligence ethicist | ahli etika kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Individu yang menilai implikasi etika sistem kecerdasan buatan dan impaknya terhadap masyarakat. |
| artificial intelligence product engineer | jurutera produk kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Individu yang mereka bentuk dan membangunkan produk menggunakan elemen kecerdasan buatan. |
| artificial intelligence technology software engineer | jurutera perisian teknologi kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Individu yang mereka bentuk dan membangunkan perisian kecerdasan buatan. |
| artificial intelligence governance | tadbir urus kecerdasan buatan | STEM | Tiada | Dasar, peraturan dan panduan etika yang diperkenalkan untuk mengurus dan memantau perkembangan, pelaksanaan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan. |