| eletromagnetic unit | unit elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Sistem sentimeter-gram-saat bagi unit elektrik dan magnet, ditakrifakan sebagai arus yang tersenggara pada dua pengkonduksi selari yang panjang tak terhingga dan jarak antara keduanya 1 cm di dalam vakum dan daya yang dihasilkan antara keduanya bernilai 2 diner per cm panjang. |
| الحقوق الزوجية | hak suami isteri | Agama Islam | Fiqh | Suami isteri mempunyai hak dan tanggungjawab. Hak bersama, bermesra antara keduanya dan lain-lain. Hak suami (tanggungjawab isteri) taat dan lain-lain. Hak isteri (tanggungjawab suami) nafkah dan lain-lain lagi. |
| mutual solvent | pelarut menyaling | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang bendalir yang boleh melarutkan secara serentak dua jenis bendalir lain, yang keduanya tidak saling melarutkan. Dalam proses pemejalan pasir, misalnya,a pelarut menyaling digunakan dalam larutan prasembur supaya larutan ini secara serentak dapat melarutkan air dan minyak. Contoh pelarut menyaling adalah aseton dan isopropil alkohol. |
| fire detection | pengesan kebakaran | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Proses mengesan kebakaran yang dilakukan melalui pemerhatian visual, bayangan inframerah atau gabungan antara keduanya bagi memerhati dan mengenal pasti lokasi berlakunya kebakaran hutan. |
| biennial crop | tanaman dwimusim/tanaman dwitahunan | Pertanian | Agronomi | Tanaman yang kitaran hidup merangkumi dua musim atau dua tahun dengan tahun keduanya melibatkan pembungaan dan pengeluaran buah. Pada tahun pertama tanaman ini melalui peringkat pertumbuhan vegetatif sahaja. Contoh tanaman dwimusim adalah bawang dan lobak merah. Pada musim pertama kedua-dua tanaman ini membesar dan menghasilkan bebawang dan ubi di bawah tanah dan pada musim kedua barulah mereka berbunga dan menghasilkan biji benih. |
| biennial plant | tumbuhan dwimusim/tanaman dwitahunan | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan yang kitaran hidup merangkumi dua musim atau dua tahun dengan tahun keduanya melibatkan pembungaan dan pengeluaran buah. Pada tahun pertama tumbuhan ini melalui peringkat pertumbuhan vegetatif sahaja. Contoh tumbuhan dwimusim adalah bawang dan lobak merah. Pada musim pertama kedua-dua tumbuhan ini membesar dan menghasilkan bebawang dan ubi di bawah tanah dan pada musim kedua barulah mereka berbunga dan menghasilkan biji benih. |
| amphibrach | amfibrah | Kesusasteraan | Tiada | Kaki matra yang terdiri dari 3 suku kata, suku kata pertama dan suku kata ketiga menurun manakala suku kata keduanya menaik. |
| hemistich | hemistis | Kesusasteraan | Puisi | Ayat yang dibina bukan merupakan baris penuh yang mengandungi satu idea atau pemikiran. Baris itu dipenggal kepada dua dan bahagian keduanya digunakan untuk membentuk baris baharu. Contohnya, rumah itu telahku tinggalkan' dipenggal menjadi Seperti di bawah. rumah itu telahku tinggalkan. Sinonim baris setengah. |
| crossed observations | cerap silang | Matematik | Tiada | Pencerapan yang diambil dengan menggunakan bulatan pantul Borda secara berulang cerapan pertama dibuat mengikut arah terus manakala cerapan yang keduanya dengan arah yang sebaliknya bagi mengurangkan ralat jika minnya dikira. |
| enclosed rhyme | rima berpeluk | Kesusasteraan | Puisi | Bunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah. |