Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejuruteraan perisian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
I-CASE (integrated computer aided software engineering)I-CASE (kejuruteraan perisian berbantu komputer bersepadu)Teknologi MaklumatTiadaGabungan pelbagai peralatan dan butir-butir maklumat terpusat bagi menghasilkan pendekatan kejuruteraan perisian yang piawai.
software engineeringkejuruteraan perisianTeknologi MaklumatPerisianDisiplin yang merangkumi kesemua aspek pengeluaran daripada peringkat awal spesifikasi sistem sehingga ke peringkat penyelenggaraan sistem. Pembangun perisian akan menggunakan pendekatan yang sistematik dalam menghasilkan perisian berkualiti tinggi secara berkesan. Disiplin ini amat penting untuk membangunkan sistem yang kompleks dan kritikal seperti sistem pertahanan atau sistem yang mengandungi berjuta-juta baris kod seperti sistem pengendali. Istilah kejuruteraan perisian pertama kali diperkenalkan oleh F.L. Bauer dan dipopularkan semasa Persidangan Kejuruteraan Perisian NATO pada tahun 1968.
software engineeringkejuruteraan perisianKomputerTiadaTiada
analysis phasefasa analisisTeknologi MaklumatTiadaFasa kejuruteraan perisian apabila kajian terperinci terhadap sesuatu sistem dijalankan. Hasilnya merupakan input kepada fasa reka bentuk.
incompletenessketaklengkapanTeknologi MaklumatTiadaPerihal aspek keperluan spesifikasi kejuruteraan perisian, yang tertinggal.
computer aided software engineering (CASE)kejuruteraan perisian berbantu komputer (CASE)Teknologi MaklumatPerisianPerisian yang menyediakan persekitaran pembangunan sistem untuk kumpulan pengaturcaraan. Sistem CASE menawarkan alat untuk memudahkan proses pembangunan termasuk analisis keperluan, pemodelan sistem, kod atur cara, nyahpepijat, pengujian dan dokumentasi. Perisian CASE boleh menyokong sebahagian atau keseluruhan aktiviti pembangunan sistem bagi pelbagai aplikasi. Lihat juga alat CASE.
program officepejabat atur caraTeknologi MaklumatTiadaStruktur organisasi dalam pengurusan kejuruteraan perisian yang bertanggungjawab menguruskan sumber syarikat bagi pelbagai projek.
construction phasefasa pembinaanTeknologi MaklumatTiada2. Salah satu fasa dalam kejuruteraan perisian apabila sistem ditulis dan diuji berdasarkan spesifikasi reka bentuk.
CASE (computer-aided software engineering)CASE (kejuruteraan perisian berbantu komputer)Teknologi MaklumatTiadaAlat perisian yang digunakan dalam pembangunan sistem untuk meningkatkan kekonsistenan dan kualiti sistem, sambil mengautomasi kebanyakan tugas rutin dan tugas yang memerlukan masa.
cleanroom software engineeringkejuruteraan perisian bilik bersihTeknologi MaklumatPerisianProses pembangunan perisian yang bertujuan untuk menghasilkan perisian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Pendekatan pembangunan perisian ini digunakan untuk mengelakkan berlakunya ralat pada perisian tersebut. Proses ini melibatkan prinsip asas seperti spesifikasi kaedah formal, kawalan kualiti berdasarkan piawaian yang ditetapkan dan pengujian atur cara.
1234567

Kembali ke atas