| cleidocranial dysostosis | disostosis kleidokranium | Perubatan | Tiada | Gangguan kongenital atau penyakit kekeluargaan bercirikan kegagalan atau rencatan pembentukan klavikel, kelambatan penutupan sutur dan frontanel, kelambatan pengeruptan dan pembentukan gigi supernumerari akibat mutasi atau akibat gen autosom dominan. |
| central delay | kelambatan sentral | Perubatan | Tiada | Tiada |
| turbo lag; | kelambatan turbo | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelengahan yang terjadi di antara pembukaan injap pendikit dengan pengecas turbo yang memberikan kuasa tambahan. Masa ini diperlukan oleh turbin dalam pengecas turbo yang melahu hingga laju galak. Tempoh ini sangat singkat, iaitu kurang dari setengah saat tetapi kesannya masih dapat dirasai pemandu. |
| damages for detention | ganti rugi kelambatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| elastic lag | susulan kenyal | Fizik | Mekanik | Kelambatan sesuatu bahan pulih kepada bentuknya yang asal setelah mengalami canggaan dalam had kenyal. |
| drag force | daya seret | Fizik | Mekanik | Daya yang menyebabkan kelambatan pada pergerakan sesuatu objek di dalam media tertentu dan biasanya mempunyai nilai yang berkadar terus dengan halaju. |
| cretinism | kretinisme | Perubatan | Tiada | Penyakit kerdil kongenital akibat kekurangan hormon pertumbuhan yang mengakibatkan kelembapan mental, kelambatan gigi dan eksfoliasi gigi desidus, pembesaran lidah, dan pengecilan mandibel. |
| slow acetylator | asetilator lambat | Perubatan | Tiada | Sifat pada seseorang yang mempunyai polimorfisme genetik yang dicirikan oleh kelambatan kadar asetilasi ubat atau bahan kimia akibat daripada penurunan aktiviti enzim N-asetiltransferase. Pada golongan ini, ubat seperti Isoniazid dan Procainamide yang mengalami metabolisme secara asetilasi, akan dikumuhkan dengan perlahan. Perubahan kepada regimen dos adalah perlu untuk memastikan ubat berkenaan tidak mendatangkan kesan toksik. Risiko kesan sampingan ubat adalah lebih tinggi pada golongan asetilator lambat berbanding dengan kumpulan normal. Penyakit seperti katarak dan kanser pundi kencing adalah lebih kerap berlaku pada golongan ini. |
| hypothermia | hipotermia | Kejururawatan | Tiada | Perihal suhu badan bercirikan penurunan suhu daripada tahap biasa, kulit sejuk, pucat, menggigil, kelambatan dalam mengisi kapilari, denyut jantung meningkat, tekanan darah tinggi serta ketegangan bulu roma. |
| reclamation form | borang tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Borang yang diisi oleh pelanggan untuk membuat pertanyaan tentang kehilangan, kerosakan, kelambatan benda pos yang sepatutnya diterima. |