Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidiabeticantidiabetisHerbaFitoterapiBahan yang digunakan untuk mengubati atau mengurangkan gejala dan komplikasi kencing manis.
diabetes mellituskencing manisHerbaFitoterapiKeadaan yang dicirikan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah dan di dalam air kencing.
progressive impairmentkejejasan progresifPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan kesihatan yang merosot secara berterusan akibat penyakit seperti barah dan kencing manis.
e-disease managemente-pengurusan penyakitTeknologi Maklumate-KesihatanSistem pendekatan kesihatan yang mengajar pesakit menguruskan penyakit kronik yang dihidapinya, seperti kencing manis, sakit jantung, lelah, kanser, dan HIV. Sistem ini juga melibatkan pesakit, perunding perubatan dan juga pakar perubatan. Sistem ini memudahkan pesakit mempelajari cara penjagaan diri dan cara menghindari komplikasi penyakit.
hypoglycaemic drugubat hipoglisemiaPerubatanTiadaKumpulan ubat oral yang digunakan untuk menurunkan paras gula dalam penyakit diabetes melitus yang tidak bergantung kepada insulin (kencing manis jenis 2). Ubat ini bertindak sama ada dengan cara menurunkan paras gula darah secara langsung atau meningkatkan rembesan insulin dari kelenjar pankreas. Pengambilan ubat yang tidak diikuti dengan jadual pemakanan yang betul atau pengambilan ubat yang berlebihan boleh menyebabkan paras gula darah menurun secara berlebihan yang dikenali sebagai hipoglisemia. Contoh ubat ialah Glibenclamide, Repaglinide dan Metformin. Sinonim agen hipoglisemia oral.
enuresisenuresisHerbaFitoterapiPengeluaran urin yang tidak terkawal terutamanya oleh kanak-kanak pada waktu malam. Enuresis boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan sekunder seperti kencing manis, tekanan emosi atau saluran urinari yang tidak normal.
blood analysisanalisis darahKimiaForensikPemeriksaan sampel darah, terutamanya untuk menentukan jenis darah atau mendiagnosis penyakit. Misalnya, pemeriksaan sampel darah untuk mendiagnosis penyakit leukemia, ekzema, kencing manis, dan kanser. Selain itu, ia juga digunakan dalam analisis toksikologi.
gangrenegangrenHerbaFitoterapiTisu mati atau nekrosis yang meluas akibat terputusnya bekalan darah ke bahagian tersebut. Gangren biasanya ialah komplikasi akibat proses jangkitan atau keradangan, kecederaan dan kemerosotan sesuatu penyakit kronik seperti kencing manis.
fat embolism syndromesindrom embolisme lemakPerubatanTiadaGejala yang timbul akibat tersebarnya titisan lemak dalam sirkulasi darah yang biasanya berlaku selepas trauma major. Gejala ini juga boleh berlaku kepada mangsa kebakaran, pesakit akut pankreatitis, kencing manis, dalam prosedur rekonstruksi sendi dan sedutan lemak. Embolisme lemak boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keliru, resah, sawan, infark serebrum, koma, sesak nafas, hemoptisis, takikardia dan hipotensi.
geriatric anaesthesiaanestesia geriatrikPerubatanTiadaSubbidang anestesiologi yang berkaitan dengan pemberian bius kepada pesakit geriatrik, iaitu pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun. Golongan ini biasanya mengalami penyakit seperti sakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, bronkitis, bronkiektasis, emfisema, kegagalan fungsi ginjal dan osteoporosis. Pemberian ubat perlu dilakukan secara berhati-hati kerana margin keselamatan ubat yang terhad mudah menimbulkan komplikasi dan kesan sampingan.
1234

Kembali ke atas