| decision trap | perangkap keputusan | Pengurusan | Perancangan | Keadaan yang mengekang atau menghalang keberkesanan sesuatu proses pembuatan keputusan. Perangkap keputusan akan mengakibatkan keputusan yang dibuat kurang tepat ekoran kesilapan atau kelemahan dalam proses pembuatan keputusan. Antara contoh keadaan yang boleh menjadi perangkap keputusan ialah alternatif-alternatif keputusan yang tidak ditakrif dengan jelas, kegagalan untuk mengumpul maklumat yang tepat, pertimbangan kos-faedah yang tidak dilakukan dengan baik dan pembuat keputusan yang bersikap berat sebelah.�Lihat juga proses pembuatan keputusan. |
| recursive relationship | perhubungan rekursi | Pentadbiran | Tiada | Mekanisme yang mana keputusan-keputusan dan keadaan-keadaan berkaitan di antara peringkat-peringkat. |
| decision criteria | kriteria keputusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengelasan atau elemen-elemen ketetapan yang diambil oleh organisasi atau pihak pentadbir atasan terhadap sesuatu tindakan. Keputusan segera, keputusan sebulat suara, keputusan sulit dan keputusan atasan merupakan beberapa model di dalam kriteria keputusan yang bergantung kepada hierarki pengurusan. Antara perkara yang termaktub dalam kriteria keputusan ialah perincian matlamat, penilaian risiko, implikasi kewangan, kerasionalan dan jangkauan dapatan. |
| risikan keputusan | decision intelligence | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Metodologi dan set proses serta teknologi bagi kitaran pembuatan keputusan yang lebih baik termasuk hasil keputusan yang diurus, dipantau, dinilai, dan ditambah baik melalui maklum balas. Risikan keputusan adalah pembuatan keputusan berkaitan tindakan-ke-hasil. Contohnya, bermula tindakan mengenalpasti keperluan keputusan, memodel atau merisik atau menyiasat beberapa kemungkinan keputusan, menaakul dan memilih keputusan terbaik dan menilai semula hasil keputusan. Metodologi ini menggunakan pelbagai alkhwarizmi yang terdapat dalam bidang sains data, sains pengurusan, sains keputusan dan kecerdasan buatan. Selain itu, risikan keputusan ini tertumpu kepada penggunaan kaedah analitik dan pengkomputeran lanjutan untuk membantu individu dan organisasi dalam membuat keputusan berpacukan data. Sebagai contoh, dalam risikan keputusan pembentukan istilah, melibatkan pelbagai teknik seperti analitik deskriptif, pembelajaran mesin dan capaian semula maklumat. Lihat juga risikan. |
| pokok keputusan/pepohon keputusan | decision tree | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Alkhwarizmi pembelajaran berselia yang digunakan dalam kedua-dua model pengelasan dan regresi. Struktur pokok keputusan berbentuk hierarki seperti model pokok yang mempunyai nod akar, dahan, nod dalaman dan nod daun. Setiap nod dalaman mewakili ujian untuk keputusan, setiap cabang pula mewakili hasil ujian dan setiap nod daun mewakili keputusan. Pokok keputusan juga adalah teknik popular dalam perlombongan data dan pembelajaran mesin untuk analitik prediktif. |
| structured decision making | pembuatan keputusan berstruktur | Pengurusan | Perancangan | Proses pembuatan keputusan secara sistematik pada peringkat perancangan dalam pengurusan sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang diharapkan. Tindakan ini dianggap berstruktur kerana perlu mempunyai beberapa unsur asas, termasuk matlamat yang jelas, keputusan-keputusan alternatif yang ada dan jangkaan hasil keputusan yang boleh dikenal pasti. Kaedah ini sesuai bagi situasi yang berlaku secara berulang dan boleh dijadikan rujukan untuk proses pembuatan pada masa akan datang. Banding pembuatan keputusan tidak berstruktur. |
| physical inventory system | sistem inventori fizikal | Pentadbiran | Tiada | Sistem inventori yang mana pihak pengurusan mengawasi aras-aras pelbagai barangan secara fizikal supaya dapat membuat keputusan-keputusan inventori. |
| decision tree analysis | analisis pokok keputusan | Pengurusan | Perancangan | Teknik membuat keputusan dengan menggunakan rajah seumpama dahan dan ranting pokok, sebagai gambaran satu rantaian keputusan dan perbandingan alternatif keputusan yang lain. Penggunaan analisis pokok keputusan adalah untuk meneliti implikasi pembuatan keputusan yang berbilang atau hasil akhir yang dipengaruhi oleh situasi berbeza. Contohnya, analisis pembuatan keputusan untuk menilai keupayaan pembekal sebelum dilantik bagi melaksanakan sesuatu projek. |
| decision tree | pokok keputusan/pepohon keputusan | Kejuruteraan | Tiada | Gambaran bergraf bagi jadual keputusan, yang menunjukkan laluan atau tindakan yang dapat diambil apabila wujudnya keadaan-keadaan yang tertentu. |
| decision tree | pokok keputusan/pepohon keputusan | Komputer | Tiada | Tiada |