entanglement | keterlibatan | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum. |
engagement | keterlibatan | Kesusasteraan | Tiada | Komitmen penulis untuk mengetengahkan sesuatu ideologi, sama ada politik atau sosial demi perubahan sosial. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menjarakkan dirinya dengan karyanya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih objektif. |
community engagement | keterlibatan komuniti | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Pelibatan komuniti secara langsung dalam semua aspek pembuatan keputusan dan pelaksanaannya untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pelbagai keadaan. |
engagement session | sesi keterlibatan | Pengurusan | Tiada | Tiada |
student engaged time | masa keterlibatan pelajar | Pendidikan | Tiada | Masa pelajar melakukan atau mencuba tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru. |
political socialization | pemasyarakatan politik | Sejarah | Tiada | Fenomena dalam politik dalam memperlihatkan keterlibatan seluruh anggota masyarakat dalam politik negara. |
curriculum planning | perancangan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang pembinaan kurikulum atau keterlibatan pelajar secara terancang dan penentuan arah tuju struktur kursus atau pembelajaran dalam sesuatu program pengajian. Proses kompleks ini melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pentaksiran, kandungan dan keperluan pedagogi bagi kejayaan seseorang pelajar. |
exclusivity | ketakterangkuman | Umum | Tiada | Dasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar. |
quantum sensor | sensor kuantum | STEM | Tiada | Sensor yang menggunakan prinsip mekanik kuantum, iaitu superposisi dan keterlibatan untuk mengesan dan mengukur fenomena atau kuantiti fizikal dengan ketepatan dan sensitiviti yang tinggi. Contoh penggunaan sensor kuantum adalah dalam bidang meteorologi, pengimejan dan pemprosesan maklumat kuantum. |
activism | aktivisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional. |