Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flavoneflavonHerbaFitokimiaKumpulan sebatian yang dicirikan berdasarkan struktur molekul asasnya yang terdiri daripada dua gelang aromatik A dan B yang disambungkan oleh rangkaian propenon. Gelang aromatik sebatian flavon semula jadi biasanya mempunyai dua atau lebih kumpulan hidroksil pada gelang A-nya. Contoh sebatian flavon ialah apigenin. Banding flavanon.
exopterygotaeksopterogotaBiologiEntomologiSerangga yang tidak mempunyai peringkat pupa dan metamorfosis-nya melibatkan perubahan yang amat sedikit pada setiap instar. Serangga muda yang dikenal sebagai ninfa biasanya serupa dengan serangga dewasa, tetapi lebih kecil dan mempunyai tunas sayap luaran pada peringkat awal. Serangga dalam kumpulan ini termasuklah lipas, lelawi, dan semua jenis kepinding dan kutu, serta serangga, seperti sesibur dan maifil.
hadrahhadrahMuzikTiada

 Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat.


Kembali ke atas