Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lanceolata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lanceolatelanseolatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang lebar di pangkal dan runcing di hujung. Panjangnya tiga hingga enam kali ganda daripada lebar daun. Contohnya, daun kacip fatimah (Labisia pumila var. lanceolata) dan daun kesum (Polygonum minus).
kapurkapurPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dryobalanopsspp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung keladan, dan di Sarawak ialah kelansau. Spesies utama kayu kapur termasuk Dryobalanos aromatica, D. beccarii, D. lanceolata, dan D. rappa. Gubal kayu kapur berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 576 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras sederhana. Kayu ini kuat, mudah diproses dan dikeringkan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu kapur digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, lantai kegunaan lasak, alas landasan kereta api, dan papan lapis.
bekakbekakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Amoora spp. daripada famili Maliaceae. Nama lain di semenanjung termasuk merelang dan pasak telinga, di Sabah ialah lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utama kayu bekak termasuk Amoora lanceolata, A. Maingayi, A. Ridleyi, A. Rubescens, dan A rubiginosa. Gubal kayu bekak berwarna seperti jerami dan amat berbeza daripada ters kayunya yang berwarna merah bata atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 1025 kg/m3. Kayu ini mudah dikeringkan tetapi tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik. Kayu bekak yang diawet sesuai digunakan untuk geladak dan lantai perahu, lantai parket dan tiang lampu, dan untuk kerja-kerja binaan ringan dan sederhana.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Ka

Kembali ke atas