| figure-ground configuration | konfigurasi bentuk dan latar | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan individu untuk mengorganisasikan sesuatu penglihatan kepada bentuk dan latarnya. Bentuk yang berkeamatan tinggi atau bersaiz besar akan dilihat dahulu daripada latarnya. Terdapat beberapa ciri yang membuatkan bentuk dilihat lebih jelas daripada latarnya. Contohnya, pisang biasanya dilihat lebih jelas daripada limau yang diletakkan dalam bekas yang sama. Begitu juga objek yang bergerak pantas seperti tahi bintang akan dikesan lebih jelas berbanding dengan latar belakang atau langit yang pegun. |
| silhouetted halftone | hafton silhuet | Kesenian | Tiada | Hafton yang dipotong titik-titik latarnya. |
| plaited lace | renda kemili | Kesenian | Tiada | Renda yang dibuat dengan jalin kemili pada bahagian latarnya. Contohnya renda benang sutera medieval atau gimpal yang telah dikemili. |
| back cornering | penjuruan belakang | Perpustakaan | Tiada | Dalam proses penjilidan, pemotongan daripada satu bahagian kecil penjuru sebelah dalam papan yang berhampiran dengan bahagian hujungan tebal bagi memperbaiki latarnya. |
| Ishihara test | ujian Ishihara | Kejururawatan | Tiada | Ujian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, sementara individu yang tidak buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya. |
| Ishihara test | ujian Ishihara | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, manakala individu yang tidak menghidapi buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya. |
| legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbent |