Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latifolia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broadleaf buttonweed (Borreria latifolia)rumpai butang daun lebar (Borreria latifolia), rumpai setawarVeterinarTiadaTiada
broadleaf buttonweed (Borreria latifolia)rumpai butang daun lebar (Borreria latifolia)PertanianTiadaTiada
Curculigo latifoliaLembaPertanianTiadaTumbuhan ini juga dikenali sebagai lumbah. Herba dalam famili Hypoxidaceae ini tumbuh subur di kawasan hutan yang agak lembab dan terlindung. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Menghasilkan bunga berwarna kuning yang terbit di pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah. Ia mengakibatkan rasa manis dalam mulut. Akar herba ini digunakan sebagai bahan ubat untuk mengubati demam.
Molineria latifolialembaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Hypoxidaceae dan dikenali juga sebagai lumbah. Bentuknya seperti anak pokok kelapa, daunnya berpelepah, lebar dan panjang. Tumbuhan ini menghasilkan bunga berwarna kuning yang keluar pada pangkal batang berhampiran permukaan tanah. Buahnya berbentuk seperti bawang dan mempunyai banyak biji. Buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah dan merangsang rasa manis dalam mulut. Tumbuhan herba ini hidup liar di kebun dan hutan yang terlindung. Air rebusan akar dan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati demam, jangkitan kuman dalam perut dan saluran kencing. Air rebusan akar bersama buah pinang diminum untuk mengurangkan pengeluaran darah haid berlebihan (menoragia).
berryberiHerbaBotani dan BioteknologiBuah berisi pada keseluruhannya dan mengandungi banyak biji. Contohnya, tomato (Solanum lycopersicum), ceri (Mutingia calabura) dan lemba (Molineria latifolia).
merawanmerawanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah luis dan meng, dan di Sabah disebut dengan berbagai-bagai nama selangan dan gagil bagi spesies Hopea sagar. Di Sabah kayu merawan sering dijual sebagai selanga batu No. 2 spesies utama, termasuk Hopea becceriana, H. pubescens, dan H. latifolia. Gubal kayu merawan berwarna lebih muda, dan biasanya sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 980 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sukar dikerjakan dan diawet, mengering dengan perlahan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu merawan sesuai untuk kayu alang, lantai, tanggam, perabot, kayu venir, papan lapis.

Kembali ke atas