| tongue | lidah | Veterinar | Praklinikal | Organ perasa yang diliputi epitelium skuamus berlapis yang mengandungi papila; terutama sekali pada permukaan dorsal. Semua haiwan bela jinak mempunyai papila filiform; fungiform dan sirkumvalat. Papila foliat pula hanya terdapat pada lidah kuda; babi dan anjing dan tidak terdapat pada haiwan bela jinak yang lain. Kesemua papila kecuali filiform mempunyai tunas perasa. Tunas perasa ini membantu haiwan memilih makanan yang mengandungi elemen yang kekurangan dalam badan. Pada sesetengah spesies haiwan; seperti lembu; katak dan biawak; lidah digunakan untuk mencengkam. |