| llama | llama | Pertanian | Tiada | Tiada |
| llama lace | renda llama | Kesenian | Tiada | Renda biku daripada fabrik worsted hitam dengan campuran bulu llama dan menyerupai renda horiton. Dibuat di England pada tahun 1850. |
| alpaca fibre | gentian alpaka | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gentian daripada binatang alpaka seperti llama yang berbulu panjang, lembut berwarna perang atau hitam atau kadangkala putih, digunakan dalam yarn dan fabrik. |
| model bahasa besar (LLM) | large language model (LLM) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Model AI yang digunakan untuk memahami dan menjana bahasa tabii. Model ini dibangunkan dengan menggunakan seni bina pembelajaran mesin yang sangat kompleks dan berasaskan data atau korpus yang bersaiz besar bagi mempelajari corak bahasa, tatabahasa, fakta dunia, konteks, dan hubungan antara perkataan. Model yang dilatih ini memiliki keupayaan untuk menjawab soalan, menghasilkan kandungan, serta berinteraksi secara semula jadi dengan meramalkan perkataan atau token seterusnya berdasarkan konteks ayat. Contoh model LLM adalah ChatGPT, DeepSeek, Gemini, dan LlaMa. |