| heavy metal contamination | kontaminasi logam berat | Herba | Tiada | Pencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing. |
| heavy metal | logam berat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Logam yang tumpat dan sangat toksik seperti kadmium, plumbum dan merkuri. Kehadirannya dalam makanan pada tahap tertentu akan mengakibatkan keracunan. Logam berat dalam makanan berpunca daripada beberapa sumber seperti alat pemprosesan, pembungkusan, persekitaran dan sisa semburan bahan kimia. Antara gejala ketoksikan disebabkan logam berat ialah radang paru-paru, gangguan saraf, anemia dan cirit-birit. |
| heavy metal | logam berat | Pertanian | Agroteknologi | Logam yang mengandungi graviti spesifik lebih dari 0.5 dan beracun seperti plumbum (Pb) atau raksa (Hg). Penggunaan racun serangga yang melebihi kadar ditetapkan akan menghasilkan kandungan logam berat dalam buah-buahan atau bijirin. Selain itu, penanaman tanaman di atas tanah lombong juga akan mengakibatkan penyerapan logam berat oleh tanaman. Kesan buruk daripada makanan yang mengandungi unsur ini boleh menyebabkan kanser dan berbagai-bagai penyakit kronik kepada manusia. |
| heavy metal | logam berat | Herba | Tiada | Bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink. Lihat juga kontaminasi logam berat. |
| heavy metals | logam berat | Biologi | Ekologi | Unsur-unsur yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang pada amnya beracun pada tumbuhan dan haiwan, walaupun dengan kepekatan yang rendah. Logam-logam ini biasanya merupakan sisa sekitaran, dan menunjukkan pengumpulan biologi. Misalnya, raksa (Hg), kromium(Cr), kadmium (Cd), arsenik, plumbum (Pb), zink (Zn), tembaga (Cu), dan ferum (Fe). |
| heavy metal | logam berat | Fizik | Tiada | Tiada |
| heavy metal | logam berat | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| heavy metal | logam berat | Pertanian | Tiada | Tiada |
| heavy metal | logam berat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| heavy-metal stars | bintang logam berat | Matematik | Tiada | Bintang daripada spektrum S dalam pengelasan Spektrum Bintang Harvard. Bintang ini adalah daripada jenis merah, dengan spektrumnya serupa dengan bintang M dan M, kecuali bintang ini mempunyai garis zikornium oksida yang menonjol. |