| affordable housing | perumahan mampu milik | Ekonomi | Tiada | Tiada |
| affordable housing | perumahan mampu milik | Ekonomi | Tiada | Tiada |
| distinctive competence | kewibawaan tersendiri | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan khusus sesebuah syarikat yang mampu bertahan lama dan berupaya membantu syarikat mencapai prestasi ekonomi yang baik atau lebih tinggi daripada syarikat pesaing. Contohnya, syarikat pengeluar perabot atau penyedia khidmat perancang perkahwinan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berinovatif, mampu milik dan mengikut citarasa semasa yang diingini pengguna. |
| radiation security | sekuriti sinaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang dilaksanakan dengan objektif untuk menghalang kemasukan individu tanpa tauliah terhadap punca radioaktif. Antara langkah-langkah sekuriti sinaran termasuklah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), pagar, pengawal keselamatan dan ibu kunci. Sekuriti sinaran mampu mencegah kerosakan, kehilangan, kecurian, aktiviti pindah milik yang tidak sah dan punca radioaktif. Kegagalan dalam melaksanakan sekuriti sinaran boleh mengakibatkan insiden atau kejadian kemalangan yang tidak diingini seperti dedahan sinaran tidak terancang kepada orang awam. Langkah ini dilaksanakan pada seluruh kitar hayat penggunaan bahan radioaktif seperti penggunaan, penstoran, pengangkutan, nyahtauliah, dan pelupusan. |