Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Apa guna pasang pelita,
     Kalau tidak dengan sumbunya;
Apa guna berpandang mata,
     Hati tidak dengan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nafsu-nafsu,
     raja di mata sultan di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sarcoidosissarkoidosisPerubatanTiadaSejenis retikulosis granulomatus umum progresif dan kronik yang tidak diketahui etiologinya, melibatkan hampir mana-mana organ atau tisu, termasuk kulit, peparu, nodus limfa, hati, limpa, mata dan tulang-tulang kecil tangan dan kaki. Secara histologi, penyakit ini dicirikan dengan tuberkel-tuberkel sel epitelioid yang tidak berkaseasi di dalam kesemua organ dan tisu yang terlibat. Bentuk akutnya bermula secara mendadak dan dengan kadar pemulihan sementara yang spontan, manakala bentuk kroniknya pula bermula sedikit demi sedikit dan menjadi semakin progresif.
Wilson�s diseasepenyakit WilsonPerubatanTiadaSejenis penyakit keturunan yang progresif, yang jarang-jarang berlaku. Penyakit ini disebabkan oleh gangguan metabolisme kuprum. Antara gejala penyakit ini ialah terdapatnya pigmen di pinggir kornea mata, sirosis hati, splenomegali dan perubahan degeneratif pada otak, terutamanya ganglion asas.
jaundicejaundisBiologiMikrobiologiGejala kuning yang tampak pada mata, kulit, dan air kencing akibat perubahan dan penekanan kegiatan hati yang menyebabkan lebihan pigmen hempedu dalam darah dan tisu.
slow retrievetarik cermatPerikananTiadaKaedah menarik tali pancing dengan berhati-hati bagi mengelakkan ikan yang terlekat pada mata kail terlepas.
romanticromantikKesusasteraanPuisiPerihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang.
bilirubinbilirubinVeterinarPraklinikalPigmen yang terhasil daripada penguraian hemoglobin. Bilirubin diproses oleh hati untuk membentuk bilirubin diglukuronid. Pigmen ini boleh menyebabkan tisu berwarna kuning yang jelas dilihat pada sklera putih mata. Peningkatan kepekatan bilirubin dalam darah dikenali sebagai penyakit kuning atau jaundis. Dalam gangguan hemolisis atau penyakit hepar; bilirubin boleh terkumpul dalam darah. Pengumpulan bilirubin yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan kepada saraf yang sedang berkembang.
clinical signstanda-tanda klinikalPerikananAkuakulturCiri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat.
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha
chloroform poisoningkeracunan kloroformKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloroform (formula kimia, CHCI3) iaitu cecair mudah meruap yang tidak terbakar dan merupakan gas anestetik yang pertama ditemui. Walau bagaimanapun, penggunaannya sebagai anestetik telah dihentikan kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada mata. Dos parah secara pengingesan atau penyedutan adalah lebih kurang 10 mL, manakala had pendedahan ialah 10 ppm. Jumlah berlebihan boleh menghentikan pernafasan. Tanda utama keracunan ialah tidak sedar dan kegagalan pernafasan. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan kerangsangan diikuti dengan tidak sedar, kelumpuhan pernafasan, dan sakit jantung. Keracunan kronik akibat penyedutan ekoran anestesia berulang meningkatkan kebarangkalian kerosakan hati atau buah pinggang. Pendedahan berulang dalam industri pada aras melebihi 10 ppm boleh menyebabkan kerosakan hati. Pesakit yang mati selepas beberapa hari mungkin menunjukkan degenerasi lemak dan perubahan degeneratif lain dalam hati, jantung, da
amyl acetateamil asetatKimiaForensikFormula kimia, C7HI402 ; cecair tanpa warna, berbau pisang, takat kilat 18.3°C - 35°C, takat didih 142°C, tidak larut air, merengsa kulit dan mata, mudah terbakar dan sederhana toksik. Pendedahan berpanjangan pada wap ber -kepekatan tinggi yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan dan kerengsaan pulmonary. Had pendedahan ialah 100 ppm. Cecair ini digunakan sebagai pelarut untuk lakuer dan cat, untuk mengekstrak penisilin, bahan perisa buah, dan pelarut penting untuk nitroselulosa. Pendedahan berpanjangan kepada bahan ini boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
12

Kembali ke atas